CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 27, 2013

KEBERSAMAAN DI DALAM KELUARGA MENGIKUT FIRMAN TUHAN


"Kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus, kamu dikuatkan. Kerana Kristus mengasihi kamu, kamu dihiburkan. Kamu dipimpin oleh Roh Allah, dan kamu saling mengasihi serta saling berbelas kasihan. Aku berharap saudara semua dapat benar-benar menyenangkan hatiku dengan hidup seia sekata, saling mengasihi dengan kasih sayang yang sama. Jangan lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri, atau kerana menyombong diri. Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik dari diri sendiri. Utamakan kepentingan orang lain, jangan hanya kepentingan diri sendiri. Sikap kamu hendaklah seperti sikap Kristus Yesus: Sebenarnya Dia Ilahi, tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang Ilahi harus dipertahankan-Nya. Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya, lalu menjadi seperti seorang hamba. Dia datang sebagai manusia, dan hidup seperti manusia. Dia merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati - iaitu mati diatas salib." [Filipi 2:1-8]

Hubungan kekeluargaan dan tali persaudaraan yang teguh amat penting dalam kehidupan kita seharian. Walaubagaimanapun ini boleh terputus sekiranya salah seorang daripadanya memutuskan hubungan akidah di antara mereka kerana rapuhnya iman Kristian. Rapuhnya iman Kristian adalah kerana tiadanya kebersamaan di dalam keluarga tersebut. Sekiranya perkara ini terjadi,maka terpisahlah hubungan ibu, bapa, anak-anak serta kaum keluarga yang lain. Ini bermakna mereka tidak dapat mendatangkan apa-apa faedah yang boleh membantu antara satu sama lain ketika di akhirat kelak. Justeru itu marilah kita bersama-sama saling bantu membantu dalam usaha memelihara iman Kristian dan juga menekankan kepentingan kebersamaan di kalangan anggota keluarga khususnya dan keseluruhan umat Kristian amnya. Sayangi keluarga anda kerana mengalir darah serta keturunan yang sama dalam diri kita.


“Kita perlu menemukan kembali perjalanan iman, supaya keluarga menemukan kembali sukacita dalam percaya dan keghairahan untuk menyampaikan iman” [Pope Benedict XVI]










-Duc in Altum-


No comments:

Post a Comment