CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 4, 2013

MEMAHAMI DOKTRIN TRINITAS / TRITUNGGAL BHG. 3


+ Atas Nama Bapa, Putera dan Roh Kudus. Amen

Untuk memahami Doktrin Tritunggal, kita perlu memahami perbezaan antara intipati Allah dan peribadi Allah. Diskusi berkaitan kedua-dua istilah ini sangat bersifat philosophy. Maka dalam tulisan ini saya hanya akan menerangkan hal-hal yang asas untuk membantu pengertian kita akan doktrin yang sangat penting ini.

FORMULA TRITUNGGAL 

Iman Katolik percaya: “Satu intipati Allah dalam tiga peribadi: Allah Bapa, Allah Putera, dan Allah Roh Kudus.” Orang Kristian menyembah satu Allah, bukan tiga Allah. “Ingatlah, hai Israel! TUHAN - dan TUHAN satu-satunya - ialah Allah kita.” [Ulangan 6:4]. Namun Allah yang Esa, hadir dalam tiga peribadi Allah: Allah Bapa, Allah Putera, dan Allah Roh Kudus. “Pergilah kepada semua bangsa di dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak dan Roh Allah” [Matius 28:19]

Ketiga-tiga peribadi Allah adalah satu Allah, bukan tiga Allah. Jadi Tritunggal iman Katolik tidak sama dengan Trimurtinya Hindu: Brahma, Wisnu, dan Siwa. Trimurti adalah tiga Allah. Tritunggal adalah satu intipati Allah didalam tiga peribadi Allah. Ketiga-tiga peribadi Allah masing-masing adalah Allah sejati. Ketiga-tiga peribadi Allah - Bapa, Putera, dan Roh, memiliki satu intipati secara numerik, bukan secara generik kerana satu intipati saja, maka sifat-sifat intipati Allah (the attributes of God) ada pada setiap peribadi Allah. Namun ketiga-tiga peribadi Allah harus dibezakan antara satu dengan yang lain. Jadi Allah Bapa bukan Allah Putera. Allah Putera bukan Allah Roh Kudus. Dan Allah Roh Kudus bukan Allah Bapa.

MEMBEZAKAN INTIPATI ALLAH DAN PERIBADI ALLAH

Para theology Katolik memakai kedua-dua istilah ini untuk membezakan keesaan dan kemajmukan Allah. Diskusi tentang kedua-dua istilah ini sangat philosophy dan memakan  waktu yang sangat panjang, dari sejak awal Christianity, hingga pada abad ke-4, terus berkembang sampai abad ke-16, dan masih terus dibahaskan sampai hari ini. Para theology Katolik tidak pernah berhasil memberikan penjelasan yang tuntas akan kedua-dua perbezaan ini. Ini hanya menunjukkan Tritunggal adalah misteri yang tidak pernah mampu difahami oleh manusia dengan tuntas di alam fana ini apatah lagi di alam yang baru nanti.

Intipati Allah

Kata yang dipakai adalah “ousia” (Yunani.), “substantia” (Latin.), “essentia” (Latin.), yang kemudian diterjemahkan ke Inggeris menjadi “being”, “substance”, dan “essence”. Jadi pada waktu para theology mengatakan substansi Allah, intipati Allah, atau keberadaan Allah, semuanya merujuk pada perkara yang sama.

Intipati adalah hal yang paling asas dalam sesuatu, yang membuat satu hal berbeza atau sama dengan hal yang lain. Walaupun ada begitu ramai individu-individu manusia, namun manusia pada dasarnya satu. Yang menyatukan manusia adalah intipati manusia itu sendiri. Manusia walaupun secara genetik ada banyak persamaan dengan binatang primate, namun manusia berbeza dengan binatang. Yang membuat manusia berbeza dengan binatang adalah intipati. Intipati manusia berbeza dengan intipati binatang. Demikian juga intipati membuat manusia berbeza dengan benda-benda tak hidup, dengan makhluk-makhluk spiritual seperti malaikat. Dan juga membuat manusia berbeza dengan Allah.

Allah adalah Allah kerana intipatinya Allah. Sama seperti manusia adalah manusia kerana intipatinya manusia. Namun intipati Allah hanya satu saja, sementara intipati ciptaan begitu banyak.

Peribadi Allah

Kata yang dipakai adalah hypostasis (Yunani.), prosopon (Yunani.), persona (Latin.), subsistentia (Latin.), yang diterjemahkan ke Inggeris menjadi “person”. Istilah peribadi disini adalah istilah teknik. Jadi tidak sama dengan istilah “personality” (Inggeris) atau “keperibadian” (Malaysia).

Apakah itu peribadi Allah? Jawapannya sangat sulit untuk didefinisikan. Boleh dikatakan para theology Katolik berbeza pendapat tentang definisi peribadi Allah. Namun semuanya setuju, peribadi disini tidak sama dengan erti peribadi yang dipakai secara umum dalam bidang psikologi. Para theology Katolik bersetuju, istilah peribadi adalah dipakai untuk merujuk pada eksistensi individu-individu Ilahi, yang boleh dibezakan antara satu dengan yang lain, namun tidak dipisahkan kerana intipatinya satu. Jadi ketiga-tiga peribadi Allah jelas boleh dibezakan namun tidak boleh dipisahkan.

Untuk memahami perbezaan peribadi Allah dan kesatuan mereka dalam intipati Allah, kita boleh membandingkannya dengan manusia. Manusia adalah satu, iaitu satu intipati, akan tetapi manusia hadir dalam begitu banyak  diantara individu-individu yang terpisah. Didalam diri setiap individu manusia terdapat satu peribadi manusia. Allah adalah satu intipati, namun hadir dalam tiga peribadi, berbeza dengan peribadi-peribadi manusia yang terpisah-pisah, peribadi-peribadi Allah boleh dibezakan, namun tidak terpisah dalam intipatinya.

Yang membezakan antara intipati manusia dan intipati Allah Tritunggal adalah sepeti berikut:
1. Manusia ramai, namun intipati manusia hanya satu saja. Manusia secara individunya terpisah, namun intipatinya satu. Maka dikatakan manusia memiliki intipati secara generik (jenis) satu.

2. Allah satu intipati dengan tiga Peribadi. Ketiga-tiga peribadi Allah boleh dibezakan, namun tidak terpisah tidak seperti pada individu manusia. Maka intipati Allah yang satu bukan secara generik, tetapi secara numerik. Allah tidak memiliki genus (jenis).

Jadi ada satu jenis manusia. Tetapi tidak ada satu jenis Allah. Yang ada adalah satu Allah.

Kesatuan dalam intipati maka setiap peribadi Allah adalah Allah dan memiliki sifat-sifat Allah yang sama. Namun kerana Allah hadir dalam tiga peribadi, maka memungkinkan komunikasi diantara peribadi-peribadi Allah. Maka Allah Bapa mampu mengutuskan Allah Putera. Allah Roh Kudus mampu memimpin Allah Putera. Hanya Allah Putera yang datang menjelma menjadi manusia. Hanya Allah Roh Kudus yang tinggal dalam hati setiap orang percaya.

Contoh dalam Alkitab tentang persamaan intipati dan perbezaan peribadi dapat dilihat seperti berikut:

"Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah. Sejak permulaan, Firman itu bersama-sama Allah." [Yohanes 1:1-2]

Firman disini merujuk kepada Peribadi Allah Putera (Anak). Firman itu bersama-sama dengan Allah, iaitu Allah Putera bersama-sama dengan Allah Bapa dan Allah Roh Kudus. Disini Yohanes membezakan peribadi-peribadi Allah. Firman itu adalah Allah. Allah Anak itu adalah Allah. Etinya Allah Anak itu intipatinya Allah.

Bersambung ke bahagian seterusnya. MEMAHAMI DOKTRIN TRINITAS / TRITUNGGAL BHG. 4

-Duc in Altum-





No comments:

Post a Comment