CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 4, 2013

KENYATAAN RASMI MAJLIS USKUP-USKUP MALAYSIA


Pernyataan Rasmi Oleh Majlis Uskup-Uskup katolik Malaysia.
MENGENAI IMPLIKASI UNDANG-UNDANG PENUKARAN AGAMA KE AGAMA ISLAM

Kepada saudara-saudari dalam Kristus,


Jika anda menukar agama ke Islam,ketahuilah bahawa ada perubahan besar pada kedudukan anda menurut undang-undang dan apa yang boleh lakukan atau yang anda tidak boleh lakukan.Apabila anda menukar agama ke Islam ia kan di daftarkan di Jabatan Agama Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara dalam sistem komputer dan imformasinya dapat diketahui di seluruh negara.

Menurut hukum Syariah di kebanyakan 13 negeri Malaysia:
1) Kembali ke agam asal adalah, 
(a) tidak dibenarkan menurut hukum,atau,
(b) menjadi satu kesalahan di mana anda boleh didenda, dirotan, ditangkap atau di penjarakan menurut hukum Syariah di kebanyakan Negeri.
2) Jika anda di bawah umur 18 tahun ,anda perlukan kebenaran daripada ibubapa untuk memeluk agama Islam.
3) Dalam Kad Pengenalan anda akan direkodkan bahwa agama anda adalah Islam.Maka walaupun anda tidak lagi mengamalkan ajaran Islam,anda akan tetap didenda, dirotan, ditangkap atau dipenjarakan kerana melanggar hukum Syariah. Misalnya anda didapati berdoa di Gereja, makan di khalayak orang ramai dalam musim puasa, khalwat dan lain-lain.
4) Anda tidak boleh kahwin dengan orang yang bukan Islam. Jika anda memutuskan untuk bercerai dan kembali ke agama asal, anda kan kehilangan hak menjaga anak-anak anda sebab mereka adalah Muslim.
5) Jika anda meninggal dunia, sanak saudara anda yang bukan Islam tidak mempunyai hak untuk menuntut harta,wang dan apa sahaja yang anda tinggalkan untuk mereka. Mayat seorang yang telah memeluk agama Islam akan di ambil oleh Majlis Agama Islam daripada keluarga yang bukan Islam untuk di kebumikan menurut cara Islam walaupun dia sudah lama tidak lagi hidup sebagai seorang Muslim.
6) Jika salah satu pasangan telah menukar agamanya kepada agama Islam, anda tidak berhak ke atas harta dan anak-anak sama ada suami atau isterinya.

Kami tahu bahawa ada orang Kristian yang menukar agama ke Islam atas sebab-sebab tertentu tidak sedar akan akibatnya dan tidak memikirkan dengan serius akan implikasi undang-undang pada diri mereka. Sebab itulah kamu perlu tahu akan informasi ini.

Dengan ini kami tidak berniat untuk menentang Islam dan kebebasan beragama untuk semua rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlambagaan Negara kita dalam Perkara 11 yang memberi hak kepada setiap individu kebebasan untuk memilih agama. Tetapi untuk membuat pilihan yang benar anda perlu tahu dengan jelasnya apa yang anda pilih dan apakah akibatnya kerana pilihan anda itu.

Uskup Agung Datuk Murphy Pakiam
Keuskupan Agung Kuala Lumpur

Uskup Antony Selvanayagam
Keuskupan Pulau Pinang

Uskup Paul Tan
Keuskupan Melaka-Johor

No comments:

Post a Comment