"Sepanjang malam dia menangis, airmatanya bercucuran di pipi. Tidak seorang pun daripada kawannya mahu menghibur dia. Sekutunya telah mengkhianati dan memusuhinya." [Ratapan 1:2]
Di dalam Doktrin rasmi Gereja Katolik di Rome, Bonda Maria ditempatkan di kedudukan Teotokos (Theotokos) yang menjadikannya sebagai Ikon Gereja Katolik selepas Putera Allah; Yesus Kristus.
Begitu juga di dalam Gereja Katolik Rome terdapat pelbagai jenis doa, dan salah satunya adalah Doa Rosario. Terdapat sekitar 10 jenis Doa Rosario dan salah satunya adalah Rosario Tujuh Duka Maria (Seven Dolors of Mary).
Rosario Tujuh Duka Maria adalah merupakan Devosi (Devotion) kepada Bonda Maria kita. Doa Rosario ini wujud pada abad pertengahan seiring dengan kemunculan kepada Devosi Lima Dukacita. Rosario Tujuh Duka Maria ini diperkenalkan oleh Order of The Servants of Mary. Pada tahun 1233, tujuh orang pemuda dari Florence, Itali telah melihat penampakan Bonda Maria Terberkati. Bonda Maria telah meminta ketujuh-tujuh pemuda tersebut untuk meninggalkan segala perkara-perkara keduniaan dan mengabdikan diri mereka kepada perkara-perkara yang berbentuk kerohanian dan akhirat. Maka ketujuh-tujuh pemuda tersebut telah menerimanya dan mulai mengembangkan sebuah komuniti yang dikenali sebagai Order of the Servants of Mary (Sevite Order), dan Rosario Tujuh Duka Maria diperkenalkan oleh Order ini sehingga ketujuh-tujuh pemuda tadi dikenali sebagai 'Seven Holy Founders'.
Devosi kepada Tujuh Duka Maria pertama kali dirayakan pada tahun 1423 di Mainz sebuah bandar yang terletak di Rhineland-Palatinate, Jerman. Kemudian pada tahun 1668, Vatican telah memberikan keizinan kepada Order of The Servants of Mary untuk menyebarkan Perayaan Tujuh Duka Maria dan perayaan ini dirayakan pada setiap minggu ketiga pada bulan September bersempena dengan perayaan Salib Suci Kristus. Pada tahun 1727, perayaan ini mula dimasukkan ke dalam Kalendar Liturgi dan dirayakan pada hari Jumaat sebelum minggu Palma. Pada tahun 1814, Pope Pius VII menjadikan Perayaan Tujuh Duka Maria sebagai satu perayaan yang wajib dirayakan oleh seluruh Gereja Katolik, sekaligus untuk mengenang dan mensyukuri kembalinya Pope Pius VII ke Rome dari pembuangan di Perancis. Sekali lagi Perayaan Tujuh Duka Maria telah ditukar tarikhnya pada tahun 1913, perayaan ini telah ditetapkan untuk dirayakan oleh seluruh Gereja Katolik pada 15 September, dan sehinggalah hari ini kita masih lagi merayakan Perayaan Tujuh Duka Maria (Our Lady of Sorrow Feast) pada tarikh tersebut.
ROSARIO TUJUH DUKA MARIA
Ia disebut sebagai Rosario Tujuh Duka Maria kerana ia mengandungi 7 Misteri Duka seperti berikut:
1. Nubuat Nabi Simeon (The prophecy of Simeon)
2. Melarikan Yesus ke Mesir (The flight to Egypt)
3. Hilangnya Yesus di Bait Allah (The loss of the Child Jesus)
4. Perjumpaan Bonda Maria dengan Yesus saat Dia menjalani hukuman mati (The meeting of Jesus and Mary on the way of the cross)
5. Yesus Wafat (The Crucifixion)
6. Lambung Yesus ditikam dan jenazah-Nya diturunkan dari salib (Jesus's body struck by a lance, taken down from the cross)
7. Yesus dimakamkan (The burial of Jesus)
BAGAIMANA MENDOAKAN ROSARIO TUJUH DUKA MARIA
1. Mulakan dengan Doa Taubat dan Syahadat Iman (Aku Percaya)
2. Doakan Bapa Kami (1 kali), Salam Maria (1 kali) dan Kemuliaan (1 kali)
3. Sebutkanlah Duka Pertama kemudian doakan Bapa Kami (1 kali) dan Salam Maria (7 kali).
4. Ulangi langkah 3 sehingga selesai Duka Ketujuh, kemudian sudahi dengan Salam Maria (3 kali) untuk airmata Bonda Maria dan diikuti dengan Bapa Kami (1 kali), Salam Maria (1 kali) dan Kemuliaan (1 kali) untuk perhatian Bapa yang Kudus.
5. Doa terakhir adalah ucapkan 'Sorrowful and Immaculate Heart of Mary, Pray for us' sebanyak 3 kali.
Sehabis perayaan itu, mereka pulang, tetapi Yesus, anak itu, masih di Yerusalem. Ibu bapa-Nya tidak tahu. Mereka menyangka Dia bersama-sama rombongan itu. Setelah mereka berjalan sejauh sehari, barulah mereka mencari Dia antara sanak saudara dan kawan mereka. Tetapi mereka tidak menjumpai Yesus. Lalu mereka kembali ke Yerusalem untuk mencari Dia.
Ya Bonda Maria, mengapakah engkau menyeksa dirimu sendiri saat mencari Puteramu yang hilang? Adakah kerana engkau tidak tahu di mana Dia berada? Tidak tahukah engkau bahawa Dia ada dalam hatimu? Tidak tahukah engkau bahwa Dia menggembala di tengah-tengah bunga bakung? Engkau sendiri mengatakannya, “Kekasihku kepunyaanku, dan aku kepunyaan dia yang menggembalakan domba di tengah-tengah bunga bakung.” Segenap fikiran dan kasih sayangmu, yang bersahaja, murni dan suci, adalah bunga-bunga bakung yang mengundang Mempelai Ilahi untuk tinggal dalam engkau. O Bonda Maria, adakah engkau berkeluh-kesah keranaYesus, satu-satunya jantung hatimu? Berikanlah keluh-kesahmu kepadaku, dan kepada begitu banyak orang berdosa yang tidak mengasihi-Nya, dan yang telah kehilangan Dia kerana menghina-Nya. Bondaku yang paling menawan, jika kerana dosa-dosaku Puteramu belum kembali pada jiwaku, sudilah engkau membantuku agar aku dapat menemukan-Nya. Aku yakin bahawa Dia akan ditemukan oleh mereka yang mencari-Nya, “TUHAN adalah baik bagi jiwa yang mencari Dia” Tetapi, ya Bonda, bantulah aku mencari-Nya seperti yang seharusnya. Engkaulah pintu masuk di mana semua orang dapat menemukan Yesus; melalui engkau, aku juga berharap dapat menemukan Dia. Amen.
Ibu Yesus, saudara perempuan ibunya, Maria isteri Kloplas, dan Maria Magdelena berdiri dekat salib itu. Yesus nampak ibu-Nya dan pengikut yang dikasihi-Nya berdiri di situ. Oleh itu, Yesus berkata kepada ibu-Nya, "Puan, dia anak puan." Kemudian Yesus berkata kepada pengikut itu, "Dia ibumu." Sejak itu, ibu Yesus tinggal di rumah pengikut itu.
Yesus tahu bahawa sekarang semuanya sudah selesai, dan supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab berlaku, Dia berkata, "Aku dahaga." Disitu ada sebua mangkuk yang penuh dengan wain murah. Sebuah bunga karang dicelupkan ke dalam wain itu, lalu dicucukan pada hujung batang hisop, dan kemudian dihulurkan ke mulut Yesus. Yesus mengecapinya lalu berkata, "Sudah selesai."
Setelah itu Dia menundukkan kepala dan meninggal.
O Bonda yang paling berduka dari segala ibunda, Puteramu telah wafat; Putera yang begitu menawan dan yang begitu mengasihi engkau! Menangislah, sebab engkau punya alasan untuk mengangis. Siapakah gerangan yang mampu menghibur engkau? Hanya fikiran bahawa Yesus dengan wafat-Nya menaklukkan neraka, membuka pintu gerbang syurga yang hingga saat itu tertutup bagi manusia, dan memenangkan banyak jiwa-jiwa, yang mampu menghibur engkau. Dari atas takhta salib, Dia akan berkuasa dalam begitu banyak hati, yang, takluk pada kasih-Nya, akan mengabdi-Nya dengan sepenuh hati. Sementara itu, ya Bondaku, janganlah menolak aku, izinkan aku berada di dekatmu, menangis bersamamu, sebab aku punya banyak alasan untuk mengangisi dosa-dosaku dengan mana aku telah menghina-Nya. O Bonda Belas Kasihan, aku berharap, melalui wafat Penebus-ku, dan kemudian melalui dukacitamu, untuk memperoleh pengampunan serta keselamatan abadi. Amen.
Hari itu sehari sebelum hari Sabat. Para penguasa Yahudi tidak mahu mayat orang yang disalibkan masih di kayu salib pada hari Sabat, apalagi hari Sabat kali ini hari perayaan yang khas. Oleh itu mereka meminta kebenaran Pilatus untuk mematahkan kaki orang yang disalibkan dan menurunkan mayat-mayat itu dari kayu salib. Oleh itu askar-askar pergi mematahkan kaki kedua-dua orang yang disalibkan bersama-sama Yesus. Tetapi apabila mereka sampai kepada Yesus, mereka melihat bahawa Dia sudah meninggal. Oleh itu, mereka tidak mematahkan kaki-Nya. Tetapu salah seorang askar menusuk rusuk Yesus dengan tombak, dan pada ketika itu keluarlah darah dan air.
(Demikianlah orang yang telah melihat kejadian ini memberikan kesaksiannya, supaya kamu pun percaya. Kesaksian yang benar dan dia tahu bahawa apa yang dikatakannya benar.) Hal ini berlaku supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab terjadi. "Tidak satu pun daripada tulang-Nya akan dipatahkan." Di daam Alkitab juga tertulis, "Orang akan memandang Dia yang telah ditikam oleh mereka."
O Perawan yang berduka! Jiwa yang sarat dengan kebajikan, namun juga sarat dengan dukacita, kerana dukacita yang satu dan yang lainnya saling bergantian mendera hatimu yang berkobar-kobar dengan kasih kepada Tuhan, sebab engkau hanya mengasihi Dia saja; O Bonda, kasihanilah aku, sebab bukannya mengasihi Tuhan, malahan aku menghina-Nya terus-menerus. Dukacitamu, ya Bonda, membangkitkan dalam diriku harapan akan pengampunan. Tetapi ini belumlah cukup; aku rindu mengasihi Tuhan-ku; dan bagaimanakah aku dapat memperoleh kasih ini lebih baik selain melalui engkau, yang adalah Bonda Cinta Kasih? O Bonda Maria, engkau menghibur semua orang, hiburlah aku juga. Amen
Setelah itu Yusuf yang berasal dari bandar Ariemata, meminta kebenaran Pilatus untuk mengambil jenazah Yesus. (Yusuf pengikut Yesus tetapi Yusuf tdak memberitahu orang hal itu, kerana dia takut akan penguasa Yahudi.) Pilatus meluluskan permintaannya lalu Yusuf pergi mengambil jenazah Yesus. Nikodemus yang dahulu pernah datang kepada Yesus pada waktu malam pun pergi dengan Yusuf. Nikodemus membawa ramuan mur dan gaharu sebanya kira-kira tiga puluh kilogram. Kedua-dua orang ini mengambil jenazah Yesus lalu membalutnya dengan kain linen dan ramuan menurut adat penguburan orang Yahudi. Di tempat Yesus disalibkan ada sebuah taman. Di dalam taman itu terdapat sebah kubur baru yang belum pernah digunakan. Kerana kubur ini dekat dan hari Sabat sudah hampir bermula, mereka meletakkan jenazah Yesus di situ.
Bondaku yang berduka, aku tidak akan membiarkan engkau menangis seorang diri, tidak, aku akan menemanimu dengan airmataku. Izinkan aku mohon rahmat ini daripadamu: perolehkanlah bagiku rahmat agar senantiasa ada dalam benakku dan senantiasa ada dalam hatiku devosi kepada Sengsara Yesus dan kepada Dukacitamu, agar sisa-sisa hariku boleh aku lewatkan dengan menangisi dukacitamu, ya Bondaku yang lemah lembut, dan menangisi Sengsara Penebus-ku. Penderitaan-penderitaan ini, aku yakin, akan memberiku kepercayaan serta kekuatan yang aku perlukan di saat ajalku, agar aku tidak jatuh dalam keputusasaan menyedari begitu banyak dosa di mana aku telah menghina Tuhan-ku. Penderitaan-penderitaan ini akan mendatangkan bagiku pengampunan, ketekunan dan syurga, yang aku rindu untuk menikmatinya bersama engkau, dan agar dapatlah aku memadahkan belas kasihan Allah yang tak terbatas untuk selama-lamanya. Demikianlah yang aku harapkan, semoga terjadilah demikian. Amen.
Ya Bonda, engkau yang dengan kelemah-lembutanmu menjerat hati umat manusia, sudahkah engkau menjerat hatiku juga? Ya pencuri hati, bilakah engkau memulihkan hatiku? Pimpinlah dan kuasailah hatiku bagaikan milikmu sendiri; simpanlah hatiku dalam Darah Anak Domba dan tempatkanlah di sisi Puteramu. Maka, aku akan memperoleh apa yang aku rindukan dan memiliki apa yang aku harapkan, sebab engkaulah harapan kami. Amen.
TUJUH RAHMAT DARI ROSARIO INI
Santa Perawan Maria Terberkati telah menampakkan diri dihadapan Santa Bridget dari Sweden dan menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Salam Maria (Hail Mary) ketika bermeditasi Tujuh Duka Maria akan menerima 7 Rahmat.
1. Aku akan menganugarahkan damai dalam keluarga mereka
2. Aku akan mendapatkan pencerahan bagi setiap misteri-misteri Ilahi
3. Aku akan menghiburkan mereka dalam kesesakan dan aku akan menyertai mereka di dalam karya mereka
4. Aku akan memberikan apapun yang mereka minta asalkan tidak bertentangan dengan kehendak Putera Ilahiku atau menodai kekudusan jiwa-jiwa mereka
5. Aku akan membela mereka dalam pertempuran rohani melawan musuh neraka dan aku akan melindungi mereka disetiap saat hidup mereka
6. Aku akan memberikan pertolongan yang kelihatan di saat ajal mereka; mereka akan memandang wajah Bonda mereka
7. Aku memperolehi rahmat ini daripada Putera Ilahiku, bahawa mereka yang menyebarkan devosi kepada airmata dan dukacitaku akan diambil langsung dari kehidupan duniawi ini ke kehidupan syurgawi yang abadi, sebab segala dosa mereka telah diampuni, dan Puteraku dan aku akan menjadi penghibur serta sukacita abadi mereka
-Duc in Altum-

DUKA PERTAMA
Naubuat Nabi Simeon |
Lukas 2:34-35
Simeon memberkati mereka dan berkata kepada Maria, ibu anak itu, "Anak ini sudah dipilih oleh Allah untuk membinasakan dan menyelamatkan banyak orang Israel. Dia akan menjadi tanda daripada Allah, yang akan dilawan oleh banyak orang, dan dengan demikian terdedahlah rahsia fikiran mereka. Seperti pedang yang tajam, kesedihan akan menikam hatimu."
Doa
Ya, Bonda Maria, bukan hanya sebilah pedang saja yang aku tikamkan pada hatimu, melainkan aku menikamkannya sebanyak dosa-dosa yang aku lakukan. O Bonda, bukan engkau yang tanpa dosa yang seharusnya menanggung segala derita itu, melainkan aku, yang bersalah atas begitu banyak dosa. Tetapi oleh kerana engkau senantiasa rela hati menderita begitu banyak demi aku, ya Bunda, demi jasa-jasamu, perolehkanlah bagiku rahmat sesal mendalam atas dosa-dosaku, dan ketekunan dalam menghadapi percubaan-percubaan hidup. Rahmat-rahmat itu akan senantiasa menjadi terang bagi segala kelemahan dan kekuranganku; oleh sebab aku seringkali lebih pantas mendapatkan neraka. Amen.
DUKA KEDUA
Melarikan Yesus ke Mesir |
Matius 2:13-14
Setelah mereka berangkat, malaikat Tuhan menampakkan diri kepada Yusuf dalam mimpi dan berkata, "Herodes akan mengeluarkan perintah untuk mencari Anak itu dan membunuh Dia. Bangunlah dan bawalah Anak itu dengan ibu-Nya ke Mesir. Tinggallah di sana sehingga Aku berfirman lagi kepadamu."
Yusuf bangun, dan pada malam itu juga dia membawa Anak itu dengan ibu-Nya ke Mesir. Mereka tinggal di sana sehingga Raja Herodes mangkat.
Doa
Ya Bonda Maria, bahkan setelah Puteramu wafat di tangan orang-orang yang menyeksa-Nya hingga tewas, orang-orang yang tak tahu berterima kasih ini belum juga berhenti menganiaya-Nya dengan dosa-dosa mereka dan terus-menerus mendukakan engkau, ya Bonda yang berduka! Dan, ya Tuhan, aku juga salah seorang dari mereka. O Bondaku yang penuh kasih sayang, perolehkan bagiku airmata guna menangisi sikap tak tahu terima kasihku. Demi sengsara yang engkau derita selama perjalananmu ke Mesir, tolonglah aku dalam perjalanan yang aku lalui sekarang ini menuju keabadian; dengan demikian pada akhirnya aku akan dapat bersatu denganmu dalam mengasihi Juruselamat-ku yang teraniaya dalam Kerajaan Terberkati. Amen.
DUKA KETIGA
Hilangnya Yesus di Bait Allah |
Lukas 2:43-45
Sehabis perayaan itu, mereka pulang, tetapi Yesus, anak itu, masih di Yerusalem. Ibu bapa-Nya tidak tahu. Mereka menyangka Dia bersama-sama rombongan itu. Setelah mereka berjalan sejauh sehari, barulah mereka mencari Dia antara sanak saudara dan kawan mereka. Tetapi mereka tidak menjumpai Yesus. Lalu mereka kembali ke Yerusalem untuk mencari Dia.
Doa
Ya Bonda Maria, mengapakah engkau menyeksa dirimu sendiri saat mencari Puteramu yang hilang? Adakah kerana engkau tidak tahu di mana Dia berada? Tidak tahukah engkau bahawa Dia ada dalam hatimu? Tidak tahukah engkau bahwa Dia menggembala di tengah-tengah bunga bakung? Engkau sendiri mengatakannya, “Kekasihku kepunyaanku, dan aku kepunyaan dia yang menggembalakan domba di tengah-tengah bunga bakung.” Segenap fikiran dan kasih sayangmu, yang bersahaja, murni dan suci, adalah bunga-bunga bakung yang mengundang Mempelai Ilahi untuk tinggal dalam engkau. O Bonda Maria, adakah engkau berkeluh-kesah keranaYesus, satu-satunya jantung hatimu? Berikanlah keluh-kesahmu kepadaku, dan kepada begitu banyak orang berdosa yang tidak mengasihi-Nya, dan yang telah kehilangan Dia kerana menghina-Nya. Bondaku yang paling menawan, jika kerana dosa-dosaku Puteramu belum kembali pada jiwaku, sudilah engkau membantuku agar aku dapat menemukan-Nya. Aku yakin bahawa Dia akan ditemukan oleh mereka yang mencari-Nya, “TUHAN adalah baik bagi jiwa yang mencari Dia” Tetapi, ya Bonda, bantulah aku mencari-Nya seperti yang seharusnya. Engkaulah pintu masuk di mana semua orang dapat menemukan Yesus; melalui engkau, aku juga berharap dapat menemukan Dia. Amen.
DUKA KEEMPAT
Perjumpaan dengan Putera-Nya di Jalan Salib |
Yohanes 19:17
Sambil memikul salib-Nya, Yesus pergi ke luar bandar ke tempat yang bernama "Tempat Tengkorak" (Dalam Bahasa Ibrani tempat itu disebut "Golgota").
Doa
Bondaku yang berduka, demi dukacita luar biasa yang engkau derita saat menyaksikan Puteramu Yesus yang terkasih digiring menuju pembantaian, perolehkanlah bagiku rahmat agar aku juga senantiasa tekun dalam memikul salib-salib yang Tuhan anugerahkan kepadaku. Alangkah bahagianya aku, seandainya aku tahu bagaimana menyertaimu dengan salibku hingga ajal. Engkau bersama Putreamu Yesus - kalian berdua yang sama sekali tak berdosa - telah memikul salib yang jauh lebih berat; layakkah aku, seorang pendosa, yang pantas mendapatkan neraka, menolak memikul salibku? O Santa Perawan yang Dikandung Tanpa Dosa, darimu aku berharap memperoleh pertolongan dalam memikul semua salibku dengan tekun. Amen.
DUKA KELIMA
Yesus disalibkan dan wafat |
Yohanes 19:25-30
Ibu Yesus, saudara perempuan ibunya, Maria isteri Kloplas, dan Maria Magdelena berdiri dekat salib itu. Yesus nampak ibu-Nya dan pengikut yang dikasihi-Nya berdiri di situ. Oleh itu, Yesus berkata kepada ibu-Nya, "Puan, dia anak puan." Kemudian Yesus berkata kepada pengikut itu, "Dia ibumu." Sejak itu, ibu Yesus tinggal di rumah pengikut itu.
Yesus tahu bahawa sekarang semuanya sudah selesai, dan supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab berlaku, Dia berkata, "Aku dahaga." Disitu ada sebua mangkuk yang penuh dengan wain murah. Sebuah bunga karang dicelupkan ke dalam wain itu, lalu dicucukan pada hujung batang hisop, dan kemudian dihulurkan ke mulut Yesus. Yesus mengecapinya lalu berkata, "Sudah selesai."
Setelah itu Dia menundukkan kepala dan meninggal.
Doa
O Bonda yang paling berduka dari segala ibunda, Puteramu telah wafat; Putera yang begitu menawan dan yang begitu mengasihi engkau! Menangislah, sebab engkau punya alasan untuk mengangis. Siapakah gerangan yang mampu menghibur engkau? Hanya fikiran bahawa Yesus dengan wafat-Nya menaklukkan neraka, membuka pintu gerbang syurga yang hingga saat itu tertutup bagi manusia, dan memenangkan banyak jiwa-jiwa, yang mampu menghibur engkau. Dari atas takhta salib, Dia akan berkuasa dalam begitu banyak hati, yang, takluk pada kasih-Nya, akan mengabdi-Nya dengan sepenuh hati. Sementara itu, ya Bondaku, janganlah menolak aku, izinkan aku berada di dekatmu, menangis bersamamu, sebab aku punya banyak alasan untuk mengangisi dosa-dosaku dengan mana aku telah menghina-Nya. O Bonda Belas Kasihan, aku berharap, melalui wafat Penebus-ku, dan kemudian melalui dukacitamu, untuk memperoleh pengampunan serta keselamatan abadi. Amen.
DUKA KEENAM
Saat lambung puteranya ditikam |
Yohanes 19: 31-37
Hari itu sehari sebelum hari Sabat. Para penguasa Yahudi tidak mahu mayat orang yang disalibkan masih di kayu salib pada hari Sabat, apalagi hari Sabat kali ini hari perayaan yang khas. Oleh itu mereka meminta kebenaran Pilatus untuk mematahkan kaki orang yang disalibkan dan menurunkan mayat-mayat itu dari kayu salib. Oleh itu askar-askar pergi mematahkan kaki kedua-dua orang yang disalibkan bersama-sama Yesus. Tetapi apabila mereka sampai kepada Yesus, mereka melihat bahawa Dia sudah meninggal. Oleh itu, mereka tidak mematahkan kaki-Nya. Tetapu salah seorang askar menusuk rusuk Yesus dengan tombak, dan pada ketika itu keluarlah darah dan air.
(Demikianlah orang yang telah melihat kejadian ini memberikan kesaksiannya, supaya kamu pun percaya. Kesaksian yang benar dan dia tahu bahawa apa yang dikatakannya benar.) Hal ini berlaku supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab terjadi. "Tidak satu pun daripada tulang-Nya akan dipatahkan." Di daam Alkitab juga tertulis, "Orang akan memandang Dia yang telah ditikam oleh mereka."
Doa
O Perawan yang berduka! Jiwa yang sarat dengan kebajikan, namun juga sarat dengan dukacita, kerana dukacita yang satu dan yang lainnya saling bergantian mendera hatimu yang berkobar-kobar dengan kasih kepada Tuhan, sebab engkau hanya mengasihi Dia saja; O Bonda, kasihanilah aku, sebab bukannya mengasihi Tuhan, malahan aku menghina-Nya terus-menerus. Dukacitamu, ya Bonda, membangkitkan dalam diriku harapan akan pengampunan. Tetapi ini belumlah cukup; aku rindu mengasihi Tuhan-ku; dan bagaimanakah aku dapat memperoleh kasih ini lebih baik selain melalui engkau, yang adalah Bonda Cinta Kasih? O Bonda Maria, engkau menghibur semua orang, hiburlah aku juga. Amen
DUKA KETUJUH
Yesus dimakamkan |
Yohanes 19:38-42
Setelah itu Yusuf yang berasal dari bandar Ariemata, meminta kebenaran Pilatus untuk mengambil jenazah Yesus. (Yusuf pengikut Yesus tetapi Yusuf tdak memberitahu orang hal itu, kerana dia takut akan penguasa Yahudi.) Pilatus meluluskan permintaannya lalu Yusuf pergi mengambil jenazah Yesus. Nikodemus yang dahulu pernah datang kepada Yesus pada waktu malam pun pergi dengan Yusuf. Nikodemus membawa ramuan mur dan gaharu sebanya kira-kira tiga puluh kilogram. Kedua-dua orang ini mengambil jenazah Yesus lalu membalutnya dengan kain linen dan ramuan menurut adat penguburan orang Yahudi. Di tempat Yesus disalibkan ada sebuah taman. Di dalam taman itu terdapat sebah kubur baru yang belum pernah digunakan. Kerana kubur ini dekat dan hari Sabat sudah hampir bermula, mereka meletakkan jenazah Yesus di situ.
Doa
Bondaku yang berduka, aku tidak akan membiarkan engkau menangis seorang diri, tidak, aku akan menemanimu dengan airmataku. Izinkan aku mohon rahmat ini daripadamu: perolehkanlah bagiku rahmat agar senantiasa ada dalam benakku dan senantiasa ada dalam hatiku devosi kepada Sengsara Yesus dan kepada Dukacitamu, agar sisa-sisa hariku boleh aku lewatkan dengan menangisi dukacitamu, ya Bondaku yang lemah lembut, dan menangisi Sengsara Penebus-ku. Penderitaan-penderitaan ini, aku yakin, akan memberiku kepercayaan serta kekuatan yang aku perlukan di saat ajalku, agar aku tidak jatuh dalam keputusasaan menyedari begitu banyak dosa di mana aku telah menghina Tuhan-ku. Penderitaan-penderitaan ini akan mendatangkan bagiku pengampunan, ketekunan dan syurga, yang aku rindu untuk menikmatinya bersama engkau, dan agar dapatlah aku memadahkan belas kasihan Allah yang tak terbatas untuk selama-lamanya. Demikianlah yang aku harapkan, semoga terjadilah demikian. Amen.
Doa Santo Bonaventure
Ya Bonda, engkau yang dengan kelemah-lembutanmu menjerat hati umat manusia, sudahkah engkau menjerat hatiku juga? Ya pencuri hati, bilakah engkau memulihkan hatiku? Pimpinlah dan kuasailah hatiku bagaikan milikmu sendiri; simpanlah hatiku dalam Darah Anak Domba dan tempatkanlah di sisi Puteramu. Maka, aku akan memperoleh apa yang aku rindukan dan memiliki apa yang aku harapkan, sebab engkaulah harapan kami. Amen.
TUJUH RAHMAT DARI ROSARIO INI
Santa Perawan Maria Terberkati telah menampakkan diri dihadapan Santa Bridget dari Sweden dan menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Salam Maria (Hail Mary) ketika bermeditasi Tujuh Duka Maria akan menerima 7 Rahmat.
1. Aku akan menganugarahkan damai dalam keluarga mereka
2. Aku akan mendapatkan pencerahan bagi setiap misteri-misteri Ilahi
3. Aku akan menghiburkan mereka dalam kesesakan dan aku akan menyertai mereka di dalam karya mereka
4. Aku akan memberikan apapun yang mereka minta asalkan tidak bertentangan dengan kehendak Putera Ilahiku atau menodai kekudusan jiwa-jiwa mereka
5. Aku akan membela mereka dalam pertempuran rohani melawan musuh neraka dan aku akan melindungi mereka disetiap saat hidup mereka
6. Aku akan memberikan pertolongan yang kelihatan di saat ajal mereka; mereka akan memandang wajah Bonda mereka
7. Aku memperolehi rahmat ini daripada Putera Ilahiku, bahawa mereka yang menyebarkan devosi kepada airmata dan dukacitaku akan diambil langsung dari kehidupan duniawi ini ke kehidupan syurgawi yang abadi, sebab segala dosa mereka telah diampuni, dan Puteraku dan aku akan menjadi penghibur serta sukacita abadi mereka
-Duc in Altum-
No comments:
Post a Comment