CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 4, 2013

PERTEMUAN ATAS NAMA KEHARMONIAN NEGARA

Pertemuan MB Kelantan bersama Uskup Pulau Pinang pada Januari 2013

Sekarang ini di dalam mana-mana sahaja laman interaksi sosial (Facebook terutamanya) dan juga di blog-blog sibuk mengatakan tentang pertemuan di antara Y.A.B Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama Uskup Sebastian Francis dari Keuskupan Pulau Pinang. Rata-rata memuji keikhlasan Y.A.B Datuk Nik Aziz bertemu dan berdialog secara face to face dengan Uskup Sebastian Francis. Namun ada juga yang mengeji tindakan Y.A.B Datuk Nik Aziz dengan mengatakan bahawa Y.A.B cuba untuk memancing undi. Ada yang cuba membandingkan pertemuan Y.A.B ini tidak sehebat pertemuan Y.A.B Datuk Seri Najib bersama Pope Benedict XVI pada Julai 2011

Pertemuan di antara Y.A.B PM bersama Pope Benedict XVI pada Julai 2011

Mengapa harus diperbandingkan diantara kedua-dua pemimpin ini? Saya bukanlah cuba untuk bermain politik dan saya tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Bersesuaian dengan situasi semasa di negara kita ini, dengan isu penggunaan kalimah "ALLAH" di dalam Kitab Injil Bahasa Malaysia di negara kita, dimana ramai pihak yang mengecam tidakan Gereja Roman Katolik.  

Isu penggunaan kalimah "ALLAH" oleh Gereja Roman Katolik ini tidak pernah senyap semenjak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 memutuskan bagi pihak akhbar Herald, menyatakan bahawa walaupun Islam sebagai agama persekutuan negara ini, ia tidak memberikan kuasa untuk melarang penggunaan perkataan "ALLAH". Rentetan dari peristiwa ini, ia menimbulkan kemarahan bagi umat Islam Malaysia sehingga ada yang tergamak untuk membakar Gereja, antara yang menerima tempias daripada manusia-manusia yang tidak berakal dan beriman ini adalah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Assumption dan Gereja Life Tabernacle yang kedua-duanya terletak di Petaling Jaya. Baru-baru ini pula sekali lagi hati penganut Roman Katolik dilukakan apabila ada pihak bertindak untuk mengadakan pembakaran Kitab Injil Bahasa Malaysia secara besar-besaran di Pulau Pinang. 

Isu-isu sebegini telah mendatangkan kerisauan dan kegusaran bagi penganut Roman Katolik di Malaysia, dan sedikit sebanyak telah mencacatkan keharmonian dan perpaduan yang telah kita kecapi selama ini. Kita perlu imbau kembali sejarah 13 Mei 1969 apabila isu perkauman dijadikan bahan provokasi pilihanraya 1969, akibatnya berlakulah tragedi berdarah yang sehingga hari ini dikenang oleh seluruh masyarakat Malaysia agar bersikap sensituf terhadap isu perkauman ini. Pelbagai usaha dan dasar terpaksa dijalankan demi satu tujuan iaitu PERPADUAN. Adakah kita ingin semula tragedi 13 Mei 1969 ini berulang kembali pada piliharaya 2013? Kita perlu ingat isu berkaitan kaum dan agama adalah isu yang sensitif, seperti kata mantan Perdana Menteri Tun Mahathir berkaitan isu penggunaan kalimah "ALLAH", "isu ini adalah terlalu sensitif dan tidak dapat diselesaikan melalui undang-undang." Apakah yang cuba ingin disampaikan oleh Tun? 

Inilah yang telah dilakukan oleh Y.A.B Menteri Besar Kelantan apabila beliau bertemu dengan Uskup Sebastian Francis untuk mencapai kata sepakat di dalam mewujudkan keharmonian di antara penganut agama Islam dan penganut agama Kristian terutamanya Roman Katolik di negara kita ini, "Alhamdulillah, dengan izin-Nya, misi mengharmonikan hubungan antara agama berjaya ketika berkunjung ke Pulau Pinang". Kita tidak perlu untuk keluar ke Vatican untuk bertemu Pope Benedict XVI dalam usaha untuk cuba mengharmonikan penganut Islam dan penganut Roman Katolik di negara kita sendiri, kerana ini bukannya isu antarabangsa yang boleh diambil oleh Pope Benedict XVI. Ini adalah isu dalaman negara kita yang memerlukan para pemimpin kerajaan berfikir, menganalisa, merancang dan mengambil tindakan agar kedua-dua penganut mencapai kata putus dan kata sepakat. Para pemimpin seharusnya menggunakan kuasa dan pengaruh mereka yang TELAH DITENTUKAN oleh rakyat, berjumpa dengan pemimpin-pemimpin keagamaan untuk berdialog dan mencapai satu persefahaman, ini lah dikatakan 1 Malaysia. Tindakan berlandaskan win-win situation haruslah diambil segera sebelum berulang sekali lagi tragedi berdarah 13 Mei 1969. 

Pope John Paul II ketika melawat dan bersembahyang di Masjid Umayyad, Damsyik pada 6 Mei 2001 pernah berkata, "Bagi semua orang Islam dan Roman Katolik yang telah menyinggung perasaan antara satu sama lain, kita perlu memohon keampunan daripada Yang Maha Kuasa, memohon keampunan diantara satu sama lain dan mengampuni diantara satu sama lain"

Usaha Y.A.B Menteri Besar Kelantan ini adalah satu usaha yang mulia pada pandangan peribadi saya, dan sikap sebegini lah yang perlu diambil oleh bakal-bakal pemimpin yang akan memenangi Pilihanraya 2013 nanti. Keharmonian akan dicapai melalui dialog bersemuka, bukannya melalui cacian dan kejian yang ditaip di dalam laman sesawang. Peace. 






No comments:

Post a Comment