PANGGILAN — perkataan yang biasanya merujuk kepada cara kehidupan atau komitmen hidup yang dipilih oleh seseorang dalam kehidupannya. Bagi sebahagian ibubapa, kata ‘panggilan’ ini menimbulkan kebimbangan pada mereka. Salah satu alasan mengapa ibubapa tidak mahu menuruti keputusan anak lelaki mereka menjadi paderi ialah anak mereka perlu berkahwin.
Bagi mereka, anak-anak perlu berkahwin bagi meneruskan keturunan keluarga! Mungkin juga mereka berasa terkilan kerana anak mereka akan hidup seorang diri dah tanpa zuriat. Ada pula yang mahu anak mereka menjadi umat Kristian yang warak tetapi ‘jangan sahaja menjadi paderi'. Ini adalah alasan yang sememangnya wajar. Memang, semua ibubapa mahu keturunan mereka dilanjutkan. Tidak ada ibubapa yang tidak gembira apabila melihat cucu mereka lahir ke dunia. Bagi ibu bapa yang bakal menjadi ‘datuk dan nenek’, mereka sentiasa berkorban masa untuk menjaga kebajikan cucu mereka. Malahan ada yang sanggup berbelanja beribu ringgit untuk memanjakan cucu kesayangan mereka.
Namun perlu diingat, perkahwinan bukanlah perkara yang boleh ditentukan sesuka hati oleh pihak ibu bapa. Mungkin perkahwinan boleh diatur antara dua pihak, seperti yang terjadi pada masa lampau, namun perkahwinan tidak boleh dipaksa jika sebelah pihak tidak bersetuju. Dalam pandangan Gereja, perkahwinan yang dipaksa, bukan satu ikatan perkahwinan yang sah.
Namun, suara hati kita yang menegaskan keturunan kita harus wujud tetap ada. Sebagai umat Katolik, kita menggalas tanggungjawab untuk meneruskan keturunan Katolik. Sesungguhnya, iman Katolik kita perlu di teruskan kepada generasi yang akan datang. Maka, salah satu cara untuk memastikan generasi Katolik tetap ada ialah memastikan ada di antara anak-anak kita yang tampil ke hadapan untuk menyahut panggilan sebagai paderi. Mengapa? Sama-sama kita renungi bahawa semua perayaan Sakramen di gereja hanya boleh dirayakan dengan kehadiran paderi. Tanpa paderi yang ditahbis, kita sebagai umat biasa tidak akan dapat mewujudkan sakramen tersebut. Tanpa paderi, tidak akan ada sakramen, tanpa sakramen, kehadiran Yesus tidak akan dapat kita rasai sepenuhnya dan tanpa Yesus, hidup manusia tidak akan beroleh keselamatan.
Tahun 2009-2010 telah diumumkan sebagai Tahun Para Paderi oleh Pope Benedict XVI. Mengapa tahun tersebut dijadikan sebagai Tahun Para Paderi? Ini adalah kerana kita sebagai umat Katolik juga berperanan penting dalam tugas pembentukan kepaderian. Pembentukan di sini bukan bermakna membentuk hidup rohani dan intelek seorang paderi tetapi ‘melahirkan’ paderi. Paderi inilah yang akan meneruskan keturunan Katolik kita.
Kepada para belia, sokonglah para paderi dan mereka yang ingin menjadi paderi melalui doa-doa kalian. Ada di antara kita yang seperti menjauhkan diri apabila mendapat tahu rakan kita ingin menjadi paderi kerana berpendapat, hidup sebagai paderi dikelilingi kemiskin an dan kesunyian. Buangkanlah semua prasangka buruk itu dan bukakanlah hati kita untuk menghayati bahawa panggilan sebagai paderi itu adalah istimewa. Meskipun kita tidak terpanggil di dalam pentahbisan Immamat, pastikanlah ada di antara ‘keturunan’ kita yang menyahut panggilan sebagai pekerja Tuhan.
PRAYER FOR PRIESTLY VOCATIONS
O Lord, my God, You renew the Church in every age by raising up priests outstanding in holiness, living witnesses of Your unchanging Love. In Your Plan for our salvation You provide shepherds for Your people. Fill the hearts of young men with the spirit of courage and love that they may answer Your call generously. Give parents the grace to encourage vocations in their family by prayer and good example. Raise up worthy priests for Your Altars and ardent, but gentle servants of the Gospel. Give the Church more priests and keep them faithful in their love and service. May many young men choose to serve You by devoting themselves to the service of Your people. Amen
-Duc in Altum-
No comments:
Post a Comment