+ Atas
Nama Bapa, Putera dan Roh Kudus. Amen
Setelah
melihat pentingnya Keilahian Yesus Kristus dan Roh Kudus dalam pemahaman
doktrin Tritunggal, pada bahagian ini saya akan meneruskan dengan kesaksian
Alkitab Perjanjian Baru mengenai keilahian Yesus Kristus dan pada bahagian
berikutnya menyusul keilahian Roh Kudus.
Pengajaran Kitab Perjanjian Baru tentang Keilahian Yesus
Nama-nama yang dikenakan kepada Yesus Kristus menunjukkan
diriNya adalah Allah sejati.
1.
Anak Allah (dan atau Anak saja)
Sebutan
"Anak Allah" dan atau "Anak" memiliki erti khusus dalam
Alkitab. Sebutan ini berbeza dengan sebutan "anak-anak Allah".
Anak-anak Allah boleh merujuk kepada generasi
orang beriman (Kejadian 6:2), malaikat-malaikat
(Ayub 1:6), umat pilihan Allah (Hosea
1:10), orang yang membawa damai
(Matius 5:9), orang yang mengasihi
musuhnya (Lukas 6:35) dan orang yang
menerima Yesus Kristus (Yohanes 1:12; Roma 8:16).
“Makhluk-makhluk ilahi nampak bahawa
gadis-gadis itu cantik. Makhluk-makhluk ilahi itu mengahwini gadis-gadis yang
disukai oleh mereka.” [Kejadian 6:2]
“Pada suatu hari makhluk-makhluk syurga
menghadap TUHAN, dan si penggoda juga hadir bersama-sama mereka.” [Ayub 1:6]
“Umat Israel akan menjadi sebanyak pasir
di laut, tidak dapat dikira atau disukat. Sekarang Allah berfirman kepada
mereka, ‘Kamu bukan umat-Ku,’ tetapi akan tiba masanya Dia berfirman kepada
mereka, ‘Akulah Allah yang hidup dan kamulah anak-anak-Ku.’” [Hosea 1:10]
“Berbahagialah orang yang membawa
kedamaian antara manusia, Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya.” [Matius
5:9]
“Bukan demikian! Hendaklah kamu mengasihi
musu kamu dan berbuat baik kepada mereka. Berikan pinjaman dan jangan harap
pinjaman itu dikembalikan. Lalu kamu akan mendapat pahala besar dan kamu akan
menjadi anak-anak Allah.” [Lukas 6:35]
“Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia
dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah.” [Yohanes
1:12]
“Roh Allah bersama dengan roh kita
menyatakan bahawa kita anak-anak Allah.” [Roma 8:16]
a.
Yesus Kristus adalah Anak Allah
Sebutan
"Anak Allah" dan "Anak" hanya ditujukan kepada Yesus
Kristus saja.
“Lalu iblis datang dan berkata kepada-Nya, ‘Jika
Engkau Anak Allah, perintahlah batu-batu itu menjadi roti.” [Matius 4:3]
“Kemudian pengikut Yesus yang di perahu
sujud menyembah Yesus sambil berkata, ‘Sesungguhnya Engkau Anak Allah!” [Matius
14:33]
“Simon Petrus menjawab, ‘Guru ialah
Penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Hidup.” [Matius 16:16]
“Kamu mahu merobohkan Rumah Tuhan lalu
membinanya semula dalam tiga hari! Jika kamu Anak Allah, selamatkanlah dirimu
dan turunlah dari salib.” [Matius 27:40]
“Setiap kali orang yang dirasuk roh jahat
nampak Dia, mereka sujud di hadapan-Nya dan berseru, “Engkaulah Anak Allah!’”
[Markus 3:11]
“Semua orang Yahudi di situ menjawab,’Menurut
hukum kami dia harus dihukum mati kerana dia mengaku dirinya Anak Allah’”. [Yohanes
19:7]
Baik
roh-roh jahat mahupun orang-orang Yahudi tahu dengan jelas bahawa Anak Allah
adalah Allah sendiri. Oleh sebab itu lah Iblis menggoda Dia, kerana sebagai
Allah, tidaklah mustahil bagi Yesus mengubah batu menjadi roti. Namun Yesus
tidak perlu membuktikan hal itu kepada Iblis. Ketika orang-orang mengenali
Yesus sebagai Anak Allah mereka tidak ragu menyembah-Nya. Orang-orang Yahudi
yang tidak percaya, sangat marah saat Yesus mengaku diri-Nya Anak Allah, kerana
dengan cara demikian Dia menyamakan diri-Nya dengan Allah.
b.
Perbezaan "Bapa-Ku" dan "Bapa Kami"
“Yesus berkata lagi,’Bapa-Ku telah
menyerahkan segala sesuatu kepada-Ku. Tidak seorang pun mengenal Anak kecuali
Bapa, dan tidak seorang pun mengenal Bapa kecuali Anak dan mereka yang
diberitahu oleh Anak tentang Bapa.’” [Matius 11:27]
“Sepatutnya kamu berdoa begini, ‘Ya Bapa
kami yang di syurga, Engkaulah Allah yang Esa, semoga Engkau disembah dan
dihormati.’” [Matius 6:9]
Hanya Yesus Kristus saja boleh boleh memanggil Bapa di
syurga, sebagai "Bapa-Ku". Orang Kristian hanya boleh memanggil Bapa di syurga, dengan
sebutan "Bapa
Kami" di syurga. Tidak ada masalah bagi orang yang percaya untuk mengatakan "Bapa kami di syrga", kerana
Yesus telah mengajar pada orang percaya untuk memanggil Allah sedemikian.
Allah adalah bapa kita di syurga. Saat kita mengatakan "Bapa kami",
bererrti anda semua dan saya dalam posisi yang sama; anda semua adalah manusia,
dan saya juga manusia. Di atas anugerah-Nya, maka kita menjadi anak-anak Allah,
dan boleh memanggil Allah di syurga dengan sebutan "Bapa kami" atau
"Bapa kita".
Tetapi
hanya Yesus saja boleh memanggil "Bapa-Ku di syurga." Oleh kerana itu, "Bapa-Ku"
tidak bermaksud itu "bapamu". Maka dengan demikian
"aku" berbeza dengan "kamu". "kamu" adalah
manusia, maka "aku" bukan manusia biasa. Kalau "aku" bukan
sekadar manusia, dan "Allah" adalah bapaku, maka "aku"
adalah Allah. Jadi dengan mengatakan "Bapa-Ku" di syurga, Yesus
mengatakan diri-Nya adalah Allah.
Itu
sebabnya, orang Yahudi sangat marah dan menuduh Yesus telah menghina Allah, keran
dia telah menyamakan diri-Nya sendiri dengan Allah Bapa.
"Kata-kata-Nya ini membuat para penguasa
Yahudi semaki bertekad untuk membunuh Dia. Bukan sahaja Dia telah melanggar
hukum hari Sabat, tetapi Dia berkata bahawa Allah itu Bapa-Nya. Hal ini bererti
Dia menyamakan diri dengan Allah.” [Yohanes 5:18]
Tetapi
Yesus bukan sengaja untuk menyamakan diri-Nya dengan Allah, Dia tidak menghina
Allah Bapa, kerana Dia sememangnya dan sesungguhnya Anak Allah serta Allah itu
sendiri.
c.
Yesus mengajar kita berdoa "Bapa kami" di syuga
Lalu
mengapa Yesus mengajar kita berdoa dengan "Bapa Kami" di syurga? Atau
lebih tepatnya mengapa Yesus juga memanggil Bapa di syurga dengan sebutan
"Bapa Kami" di syurga.
Maka
disinilah kita melihat Yesus juga adalah manusia seperti kita. Atau lebih
tepatnya, Dia menyamakan diri-Nya dengan
kita sebagai manusia. Saat Dia memanggil Bapa di syurga dengan sebutan
"Bapa kami", posisinya sama dengan anda semua dan saya sendiri iaitu
manusia biasa.
Dengan
sedemikian perlu kita membezakan dwi-karekter yang ada pada Yesus Kristus:
Allah dan manusia.
Saat
Dia memanggil "Bapa-Ku", Dia sama dengan Allah Bapa di syurga.
Saat Dia
memanggil "Bapa kami", Dia sama dengan manusia di bumi.
d.
Perbezaan Anak Tunggal Allah dan anak-anak Allah
Anak
Tunggal Allah adalah Yesus Kristus, Peribadi kedua Allah Tritunggal, “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini
sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya
kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.” [Yohanes
3:16]
Anak-anak
Allah adalah manusia berdosa kerana mereka apabila mereka mulai menerima Yesus Kristus Anak Tunggal Allah
maka mereka akan menerima kuasa menjadi anak-anak Allah, “Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka
diberikan-Nya hak menjadi anak Allah.” [Yohanes 1:12].
Dengan
kata lain, Yesus Kristus adalah anak sejati Allah Bapa, sedangkan orang yang percaya
adalah anak-anak yang diangkat di dalam Yesus Kristus. Yesus Kristus adalah
anak sejati Allah Bapa, kerana Dia dilahirkan Allah Bapa di dalam kekekalan.
Konsep Allah Anak dilahirkan Allah Bapa perlu pembahasan yang panjang lebar.
Oleh sebab itu ia akan dibahas tersendiri.
Manusia
berdosa hanya mampu menjadi anak-anak Allah di dalam Anak Tunggal Allah Yesus
Kristus.
Penjelasannya adalah kerana:
“Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia
dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah.” [Yohanes
1:12].
“Mereka menjadi anak Allah bukan dengan
jalan dilahirkan oleh manusia, tetapi Allah sendiri menjadikan mereka
anak-anak-Nya.” [Yohanes 1:13]
“Firman itu sudah menjadi manusia dan
tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya, kemuliaan yang diterima-Nya
sebagai anak tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri
ditunjukkan kepada kita.” [Yohanes 1:14]
Dari Kitab
Yohanes 1:12, orang yg menerima Kristus, adalah orang-orang yang percaya dalam
nama-Nya, mereka diberikan kuasa, atau lebih tepatnya hak menjadi anak-anak
Allah. Pertanyaannya apakah hubungan percaya nama Yesus lalu mendapatkan hak
menjadi anak-anak Allah; siapa yang memberikan hak tersebut?
Jawapannya
adalah Kristus Yesus adalah Anak Tunggal Bapa (Yohanes 1:14). Sebagai Anak
Tunggal Allah, maka tidak ada lagi anak-anak lain maka di saat orang menerima Kristus
Yesus, mereka termasuk didalam nama-Nya, dengan demikian hak itu diberikan Anak
Tunggal Allah kepada mereka, dan jadilah mereka anak-anak Allah di dalam Anak
Tunggal Allah. Oleh sebab itu orang percaya disebut tubuh Kristus kerana kita
digabungkan didalam-Nya.
2.
Yesus Kristus disebut Firman (Logos)
Bahawa
Yesus Kristus disebut Firman adalah sangat penting kerana Injil Yohanes
menyatakan bahawa Firman adalah Allah.
“Sebelum dunia ini diciptakan, Firman
sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah.”
[Yohanes 1:1]
3.
Yesus Kristus disebut Allah
“Thomas berkata kepada Yesus, ‘Ya Tuhanku!
Ya Allahku’.” [Yohanes 20:28]
“Kita tahu bahawa Anak Allah sudah datang
dan sudah memberi kita pengertian, supaya kita mengenal Allah yang benar. Kita
hidup bersatu dengan Allah yang benar kerana kita hidup bersatu dengan Anak-Nya
Yesus Kristus. Inilah Allah yeng benar, dan inilah hidup sejati dan kekal.” [1
Yohanes 5:20]
Kedua-dua
ayat di atas jelas menyatakan Yesus Kristus adalah Allah. Bahkan di dalam Kitab
1 Yohanes 5:20 menyatakan bahawa Yesus Kristus adalah Allah yg benar (yang
sejati) atau bahasa Inggeris menterjemahkan menjadi the
true God.
Bersambung di bahagian seterusnya. MEMAHAMI DOKTRIN TRINITAS / TRITUNGGAL BHG. 9
-Duc
in Altum-
No comments:
Post a Comment