Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah. Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.
BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam. Tetapi apa yang paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.
Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.
Dulu negara kita pernah digemparkan dengan kes seorang 'Paderi Besar' dari Sabah yang dikatakan telah memeluk agama Islam. Sehingga hari ini kita boleh melihat berita ini disebarkan melalui laman maya seperti Facebook meminta agar semua sebarkan dengan nama Jihad. Namun secara tidak sedar, isu sebegini telah membuat semua umat Katolik tersinggung kerana penulisan di dalam berita yang boleh didapati di Majalah Muslimah adalah tipu belaka dan seakan-akan cuba untuk menjatuhkan agama Kristian Katolik di Malaysia. Dikesempatan ini, dengan rasa cinta kasih saya terhadap agama yang saya anuti 34 tahun dan kepada Yesus Kristus, ingin saya memperbetulkan banyak penulisan yang boleh dikatakan satu 'fitnah' oleh Tajuddin Othman Abdullah atau bekas 'Paderi Besar' Thomas Laden terhadap agama Kristian Katolik.
Dulu negara kita pernah digemparkan dengan kes seorang 'Paderi Besar' dari Sabah yang dikatakan telah memeluk agama Islam. Sehingga hari ini kita boleh melihat berita ini disebarkan melalui laman maya seperti Facebook meminta agar semua sebarkan dengan nama Jihad. Namun secara tidak sedar, isu sebegini telah membuat semua umat Katolik tersinggung kerana penulisan di dalam berita yang boleh didapati di Majalah Muslimah adalah tipu belaka dan seakan-akan cuba untuk menjatuhkan agama Kristian Katolik di Malaysia. Dikesempatan ini, dengan rasa cinta kasih saya terhadap agama yang saya anuti 34 tahun dan kepada Yesus Kristus, ingin saya memperbetulkan banyak penulisan yang boleh dikatakan satu 'fitnah' oleh Tajuddin Othman Abdullah atau bekas 'Paderi Besar' Thomas Laden terhadap agama Kristian Katolik.
AUTA PERTAMA:
Semasa Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya Saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah.
Persoalan saya, kenapa 'Paderi Besar' Thomas Laden perlu mendapatkan pendidikannya di Seminary Kepaderian Vantiken Itali? Sedangkan kebiasaanya kesemua paderi Roman Katolik akan mendapatkan pendidikan Theologi mereka di Seminary yang terdapat di Kuching, Sarawak (St. Peter College) ataupun Seminary yang terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja. Lagi satu, kenapa dieja sebagai Vantiken? Bukannya Vatican? Takkan lah seorang 'Paderi Besar' tidak tahu ejaan tempat suci bagi penganut Roman Katolik.
Dibawah adalah senarai nama bagi setiap Institusi Pendidikan di Vatican City.
A. Vocational Pontifical college
- Almo Collegio Capranica
- Pontifical Ecclesiastical Academy
- Seminario dei SS. Pietro e Paolo
- Seminario Vaticano
1. Italian colleges
- Seminario Romano
- Collegio Apostolico Leoniano
- Seminario Pio
- Seminario Lombardo dei SS. Ambrogio e Carlo
3. Collegio Belga
4. Collegio Canadese
5. Collegio Croato Di San Girolamo
6. Collegio Etiopico
7. Collegio Filippino
8. Collegio Francese
9. Collegio Germanico-Ungarico
10. Collegio Greco
11. Collegio Inglese
12. Collegio Irlandese
13. Collegio Latino-Americano
14. Collegio dei Maroniti
15. Collegio Nepomuceno
16. Collegio Pio-Brasiliano
17. Collegio Polacco
18. Collegio Portoghese
19. Collegio Russo
20. Collegio Scozzese
21. Collegio Spagnuolo
22. Collegio Americano del Nord
23. Collegio Teutonico
24. Collegio Ucraino
Seminary manakah yang diatas dikatakan sebagai Seminary Kepaderian Ventiken?
Disini ingin saya jelaskan dengan lebih terperinci, seorang calon paderi tidak akan mendapatkan pembiayaan daripada persatuan untuk mendapatkan pendidikan kepaderian mereka, sebaliknya perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya oleh Keuskupan masing-masing.
Satu lagi yang menghairankan saya mengapa perlu saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden? Bukan kah Father Thomas Laiden? Kerana para paderi tidak akan menulis nama mereka dengan panggilan 'Paderi' walaupun di dalam penulisan Bahasa Malaysia. Manakala aliran yang lain lebih mudah dengan panggilan Pastor.
Disini ingin saya jelaskan dengan lebih terperinci, seorang calon paderi tidak akan mendapatkan pembiayaan daripada persatuan untuk mendapatkan pendidikan kepaderian mereka, sebaliknya perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya oleh Keuskupan masing-masing.
Satu lagi yang menghairankan saya mengapa perlu saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden? Bukan kah Father Thomas Laiden? Kerana para paderi tidak akan menulis nama mereka dengan panggilan 'Paderi' walaupun di dalam penulisan Bahasa Malaysia. Manakala aliran yang lain lebih mudah dengan panggilan Pastor.
AUTA KEDUA
Apakah yang dimaksudkan dengan ayat Kitab Nabi Isa (Injil)? Bukankah Injil itu Holy Bible? Untuk pengetahuan semua, saya mengandaikan bahawa "Paderi Besar" kita ini cuba untuk menyatakan bahawa Kitab Nabi Isa adalah bersamaan dengan Kitab Perjanjian Baru. Di dalam Kitab Perjanjian Baru menceritakan perjalanan hidup Yesus Kristus sehingga Dia disalibkan, wafat dan dimakam kemudian pada hari ketiga Dia bangkit untuk naik ke Syurga. Disamping itu di dalam Kitab Perjanjian Baru menceritakan perkembangan ajaran Yesus Kristus selepas itu. Dan ingin juga saya nyatakan disini di dalam Kitab Perjanjian Baru terdapat kenyataan yang menyebut tentang Kristian.
"Apabila dia menjumpai Saulus, Barnabas membawa Saulus ke Antiokhia, dan selama setahun mereka berkumpul dengan jemaah di situ sambil mengajar banyak orang. Di Antiokhia, untuk kali pertaman pengikut-pengikut Yesus disebut orang Kristian." [Kisah Rasul-rasul 11:26]
AUTA KEDUABELAS
AUTA KETIGABELAS
Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.
Menipulah sekiranya seorang "Paderi Besar" tidak memahami Doktrin Trinitas di mana 3 PERIBADI DI DALAM SATU TUHAN. Penganut Roman Katolik tidak menyembah 3 Tuhan tetapi hanya 1 Tuhan yang memiliki 3 Peribadi iaitu Bapa, Putera dan Roh Kudus. Penganut Roman Katolik juga tidak menyatakan bahawa Bonda Maria adalah Tuhan tetapi diposisikan sebagai Teotokos. Ini sepatutnya difahami oleh "Paderi Besar" ini kerana dia adalah paderi Roman Katolik. Dan saya selama ini tidak pernah melihat patung Tuhan Bapa. Teringin benar saya meminta "Paderi Besar" penipu ini menunjukkan Patung Tuhan Bapa kepada saya.
AUTA KEEMPATBELAS
Rev. Fr. Dr. Charles Chiew Keuskupan Keningau, Sabah
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi di Saya Bertugas di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia.
Gereja St. Mary berpusat di Kota Kinabalu. Untuk pengetahuan semua, walaupun saya bukan berasal dari Sabah tapi saya amat pasti bahawa di dalam Keuskupan Agung Kota Kinabalu tidak ada Gereja Roman Katolik yang bernama Gereja St. Mary. Namun terdapat sebuah Gereja yang dipanggil sebagai St. Mary Parish yang terletak di Keuskupan Sandakan. Kalau ada pun St. Mary di Kota Kinabalu kemungkinan ianya adalah sebuah gereja kecil atau Chapel yang terdapat di kampung-kampung. Takkan lah 'Paderi Besar' berkhidmat di Chapel di kampung-kampung?
Dibawah adalah senarai Gereja Roman Katolik di Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
1. Sacred Heart Cathedral Parish
2. St Pius X's Parish
3. St Paul's Parish, Dontozidon
4. St Edmund's Parish
5. St Theresa's Parish
6. Blessed Sacrament Parish
7. Holy Rosary Parish
8. St Catherine's Parish
9. St Peter's Parish
10. St Joseph's Parish
11. St Michael's Parish
12. St Peter Claver's Parish
13. Stella Maris Parish
14. Holy Family Parish, Telipok
15. St John's Parish
16. St Simon's Parish
17. Parish of Holy Nativity, Terawi
Bapa menghantar saya ke Ventiken... Persoalan saya disini, benarkah untuk menjadi seorang paderi Roman Katolik, ibu bapa boleh dengan mudahnya menghantar anak mereka ke Vantiken seperti mendaftarkan anak ke sekolah tadika? Begitu mudahkan Vantiken untuk menerima pelajar asing tanpa melalui Gereja Roman Katolik? Bukankah untuk menjadi seorang paderi Roman Katolik perlu berjumpa dan mendapat khidmat nasihat daripada paderi-paderi di Keuskupan masing-masing?
Disini ingin saya jelaskan bahawa, untuk menjadi seorang paderi Roman Katolik keputusan bukannya terletak di tangan ibu bapa masing-masing. Keputusan akhir adalah terletak pada tangan Gereja mahupun Keuskupan untuk meluluskan sama ada para aspirant tersebut layak untuk diserapkan ke dalam Seminary. Sokongan dan pengesahan datang daripada Keuskupan bukannya daripada ibu bapa.
AUTA KETIGA
Konflik Diri Yang Tidak Terbendung Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.
Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul.
Persoalan saya, mengapa setelah tiga tahun menjadi seorang paderi baru timbul konflik sehingga tidak mempercayai Sekramen Pengampunan? Mengapa bukan ketika mendapat pendidikan kepaderian di Seminari Kepaderian Vantiken dulu? Sekiranya "Paderi Besar" ini adalah penganut agama Roman Katolik yang sebenar-benarnya, dia tidak akan mempersoalkan Sekramen Pengampunan setelah tiga tahun menjadi Paderi Roman Katolik. Setiap penganut agama Roman Katolik akan dihantar ke Sekolah Minggu atau Sunday School untuk mempelajari segala berkaitan dengan ajaran Roman Katolik. Sebelum menerima Sekramen Ekaristi atau Holy Communion, seorang penganut agama Roman Katolik akan perlu melalui Sekramen Pengampunan. Sedangkan "Paderi Besar" mengatakan bahawa dia dibesarkan di dalam keluarga yang begitu taat pada ajaran Roman Katolik. Amat mustahil dia tidak mendapat pendidikan awal daripada ibu bapanya yang begitu taat kepada Tuhan berkaitan dengan Sekramen Pengampunan kerana perkara tersebut adalah asas kehidupan penganut agama Roman Katolik.
Sekramen Pengampunan Dosa adalah merupakan salah satu daripada 2 sekramen penyembuhan (Catechism of the Catholic Church 1423-1424) Sekramen ini adalah merupakan penyembuhan rohani seseorang penganut agama Roman Katolik yang telah dibaptiskan dan telah tersasar jauh daripada Tuhan diatas dosa-dosa mereka. Sekramen Pengampunan Dosa ini bertujuan agar penganut-penganut kembali ke Gereja Katolik untuk menerima rahmat Tuhan dengan menyerahkan hati mereka yang penuh dosa untuk dihukum agar mereka sedar bahawa selama ini mereka telah membelakangi Tuhan. Dan hukuman tersebut adalah melalui doa-doa. Disini paderi akan menjadi perantaraan diantara penganut Roman Katolik dan Tuhan di dalam Sekramen Pengampunan Dosa. Bukan paderi yang mengampun dosa tetapi Tuhan yang mengampun dosa umatnya sebab paderi sendiri adalah manusia yang juga memiliki dosa. Paderi dengan kuasanya akan mendidik dan menyedarkan atau lebih mudah memberikan pencerahan tentang kedukaan Tuhan apabila umatnya sentiasa melakukan dosa.
Lagi satu yang membuatkan saya tergelak dengan kenyataan "Paderi Besar" tersebut adalah dia perlu mengampuni dosa orang-orang Kristian di seluruh Sabah. Setahu saya paderi Roman Katolik hanya menjalankan Sekramen Pengampunan Dosa bagi penganut Roman Katolik sahaja dan hanya di Gereja Roman Katolik sahaja. Dia tak perlu nak mengampun dosa-dosa penganut agama Kristian dari aliran yang lain.
Pope bukanlah Ketua Paderi Tertinggi, tetapi merupakan Ketua Gereja Roman Katolik seluruh dunia dan juga Ketua kepada Vatican City.
AUTA KEEMPAT
Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, “Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini”. Dia terkejut dan bertanya, “Apa yang kamu ragukan?” Saya berkata, “Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya.” Beliau berkata, Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa,” Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, “Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa.
Membahasakan Pope John Paul II dengan panggilan Paul dan John Paul sahaja? Sebagai seorang paderi Roman Katolik ataupun sebagai penganut Roman Katolik, kita tidak akan membahasakan Pope dengan nama mereka. Sedangkan seorang paderi pun kita tidak memanggil nama mereka. Adakah anda memanggil nama seorang doktor dengan panggilan nama sahaja? Atau pernahkah anda mendengar guru-guru di sekolah anda memanggil guru lain dengan nama mereka sahaja? Penganut agama Roman Katolik akan memanggil Pope dengan panggilan Father, Your Holiness ataupun Holy Father. Tak kan lah "Paderi Besar" kita ini tidak berbuat sedemikian sedangkan dia mendapat pendidikan Kepaderian di Vantiken.
Mengapakah di Sabah, pengampunan dosa dijalankan pada malam Ahad? Sedangkan terdapat waktu yang ditetapkan oleh setiap Keuskupan di seluruh Malaysia untuk melakukan Sekramen Pengampunan Dosa. Biasanya Sekramen Pengampunan Dosa akan dilakukan sejam sebelum Misa Kudus dijalankan.
Mengapakah seorang Pope yang merupaka Ketua Gereja Roman Katolik akan mengatakan bahawa seorang paderi itu suci dan tidak berdosa. Seorang Pope tidak akan berkata demikian kepada paderi-paderinya kerana perkara tersebut adalah salah. Paderi juga manusia dan manusia tidak akan lari melakukan dosa. Tidak ada penganut Roman Katolik bebas dan suci dari noda dosa, dan tidak mudah untuk mengistiharkan seseorang itu sebagai orang suci. Sedangkan selepas kematian Pope John Paul II, sehingga ke hari ini Vantiken belum lagi menjalankan canonisation terhadap Pope John Paul II sebagai orang suci untuk mendapat gelaran Santo walaupun telah menjalani beatification process oleh Pope Benedict XVI pada 1 May 2011.
AUTA KELIMA
Dia terkejut lalu berkata, “Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong”.
Ayat peringkat tertinggi untuk menjadi paderi seolah-olah paderi itu adalah kedudukan yang tinggi di dalam heiraki didalam Christianity. Kedudukan Paderi (priest) di dalam Hieraki Catholic Churh sebenarnya bukanlah kedudukan yang tinggi. Kedudukan tertinggi ialah jawatan Pope dan diikuti dengan Cardinal yang bertugas sebagai pembantu pope di seluruh dunia. Kemudian di ikuti oleh Archbishop dan Bishop. Dan Bishop di bantu oleh Priest dan Deacons. Ini menunjukkan bahawa kedudukan paderi di dalam hieraki Roman Chatolic Church bukanlah kedudukan yang tinggi.
AUTA KELIMA
Dia terkejut lalu berkata, “Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong”.
Ayat peringkat tertinggi untuk menjadi paderi seolah-olah paderi itu adalah kedudukan yang tinggi di dalam heiraki didalam Christianity. Kedudukan Paderi (priest) di dalam Hieraki Catholic Churh sebenarnya bukanlah kedudukan yang tinggi. Kedudukan tertinggi ialah jawatan Pope dan diikuti dengan Cardinal yang bertugas sebagai pembantu pope di seluruh dunia. Kemudian di ikuti oleh Archbishop dan Bishop. Dan Bishop di bantu oleh Priest dan Deacons. Ini menunjukkan bahawa kedudukan paderi di dalam hieraki Roman Chatolic Church bukanlah kedudukan yang tinggi.
AUTA KEENAM
Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa.
Sebagai seorang "Paderi Besar" sudah pasti dia sendiri tahu bahawa tiada di dalam Kitab Suci mengatakan bahawa marah itu merupakan satu dosa.
Di dalam Kitab Suci sendiri mencatatkan Kemurkaan Tuhan, sebagai contohnya:
"Pada saat itu juga Tuhan Allah murka dengan Uza dan membunuh dia, kerana perbuatanya itu merupakan penghinaan kepada Tuhan. Uza mati di sebelah Tabut Perjanjian." [2 Samuel 6:7]
Di dalam Kitab Suci juga telah mencatatkan bahawa Yesus Kristus pernah marah, antaranya:
1. "Yesus marah ketika memandang semua orang disitu, dan Dia juga sedih, kerana mereka terlalu keras kepala. Lalu Yesus berkata kepada orang itu, "Hulurkan tanganmu." Orang itu menghulurkan tangannya lalu tangannya pun sembuh." [Markus 3:5]
2. "Ketika Yesus melihat hal itu, Dia marah dan berkata kepada mereka:"Biarkan anak-anak itu datang kepada-Ku, jangan menghalang-halangi mereka, sebab orang-orang yang seperti itulah yang empunya Kerajaan Allah." [Markus 10:14]
Adakah disini "Paderi Besar" ini ingin cuba mengatakan bahawa Tuhan dan juga Yesus Kristus adalah pendosa seperti dirinya? Di dalam Kitab Suci ada menerangkan bahawa Marah dan Dosa adalah dua perkara yang berlainan. Marah bukanlah Dosa tetapi punca berlakunya Dosa.
1. Apabila kamu menjadi marah, janganlah kamu berbuat dosa: janganlah matahari terbenam, sebelum padam amarahmu" [Efesus 4:26]
2. "Biarlah kamu marah, tetapi jangan berbuat dosa; berkata-katalah dalam hatimu di tempat tidurmu, tetapi tetaplah diam." [Mazmur 4:5]
Takkan lah sebagai seorang "Paderi Besar" dia tidak tahu Sabda-sabda Tuhan ini, sedangkan sebagai seorang paderi dia pasti sentiasa memberikan Khutbah ketika Misa Kudus berkaitan dengan Marah dan Dosa, lagi-lagilah dengan jawatannya sebagai "Paderi Besar".
AUTA KETUJUH
Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i. Ekaristi Pembaptisan – seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii. Ekaristi Pengakuan – mengaku dosa di hadapan paderi
iii. Ekaristi Maha Kudus – memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv. Ekaristi Minyak Suci – air suci
v. Ekaristi Krisma – penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma
vi. Ekaristi Imaman – menjadi paderi
vii. Ekaristi Perkahwinan – hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)
Di dalam Roman Katolik tiada 7 rukun tetapi kami memiliki 7 Sekramen. Kesalahan ketara "Paderi Besar" ini adalah mengatakan bahawa Sekramen ini dipanggil sebagai Ekaristi. Ekaristi? Mengapa seorang paderi Roman Katolik tidak tahu apa itu Ekaristi? Apa itu Sekramen? Semua penganut-penganut Roman Katolik tahu asas-asas ini. Untuk pengetahuan semua, Ekaristi adalah bersamaan dengan Sekramen Holy Communion. Apa itu Ekaristi Minyak Suci? Benarkah "Paderi Besar" ini daripada Gereja Roman Katolik? Ataupun ajaran sesat baru yang datang ke Malaysia ketika itu? Di dalam ajaran Roman Katolik ada Sekramen Pengurapan yang tidak disebut oleh "Paderi Besar" ini.
AUTA KELAPAN
Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini.
Sebagai seorang Roman Katolik, saya amat marah dengan kenyataan bodoh daripada "Paderi Besar" ini, pembaptisan dengan minum air Holy Water. Andai betul lah dia adalah paderi Kristian, dia mesti tahu bahawa pembaptisan bukan melalui minum air, tetapi adalah dengan membasahkan kepala dengan air sebagai tanda mandi dan pembersihan diri, bukannya dengan meminum Holy Water.
AUTA KESEMBILAN
Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.
Pada ayat inilah sekali nampak kebodohan "Paderi Besar" ini dan usahanya untuk menghina agama Kristian terutamanya Roman Katolik. Untuk pengetahuan anda semua, Holy Water bukan dibuat di Vantiken, dan semua paderi-paderi Roman Katolik tahu untuk menyediakan Holy Water, kerana Holy Water ini adalah air paip yang diberkati oleh paderi. Kalau betul lah dia ini paderi Katolik, sudah pasti dia tidak menampakkan kebodohonnya itu, sebab dia sendiri boleh memberkati air untuk menjadi Holy Water.
AUTA KESEPULUH
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi.
Sekramen Ekaristi adalah salah satu cara untuk umat Kristian mengenang semula jamuan terakhir (The Last Supper) Yesus Kristus bersama pengikut-pengikutnya sebelum Dia ditangkap dan disalibkan. Di dalam Kitab Suci, ada tercatat: dan selepas mengucap syukur, Dia telah memecah-mecahkan roti itu lalu berkata, "Ambil, dan makanlah; ini tubuh-Ku yang diserahkan untukmu; lakukanlah ini sebagai peringatan kepada-Ku" [1 Korintus 11:24]
Roti yang dipanggil Khusti Kudus oleh "Paderi Besar" ini bukanlah makanan yang diimport khas dari Itali, tetapi roti tanpa yis yang dibuat di Malaysia sendiri. Setahu saya terdapat beberapa Gereja Roman Katolik di Malaysia membuat roti ini, misalnya di kampung halaman saya sendiri di Kuching, Sarawak, roti ini dibuat di Carmelite Chapel dan di Miri pula dibuat di Camerlite Monastery's Chapel.
AUTA KESEBELAS
Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian.
"Apabila dia menjumpai Saulus, Barnabas membawa Saulus ke Antiokhia, dan selama setahun mereka berkumpul dengan jemaah di situ sambil mengajar banyak orang. Di Antiokhia, untuk kali pertaman pengikut-pengikut Yesus disebut orang Kristian." [Kisah Rasul-rasul 11:26]
AUTA KEDUABELAS
Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ.
Penipuan yang tidak bijak oleh "Paderi Besar" ini apabila menyebut sakristi perpustakaan. Sakristi adalah merupakan bilik kecil yang terdapat di belakang setiap Gereja mahupun Chapel dimana disimpan segala jubah-jubah paderi dan barangan untuk Misa Kudus. Sakristi ini bukanlah perpustakaan tempat menyimpan buku-buku dan sakristi tidak menyimpan rahsia, kerana semua orang boleh memasukinya. Akan ada petugas yang dipanggil sebagai sakristan untuk menjaga kebersihan di dalam sakristi setiap gereja.
Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.
Menipulah sekiranya seorang "Paderi Besar" tidak memahami Doktrin Trinitas di mana 3 PERIBADI DI DALAM SATU TUHAN. Penganut Roman Katolik tidak menyembah 3 Tuhan tetapi hanya 1 Tuhan yang memiliki 3 Peribadi iaitu Bapa, Putera dan Roh Kudus. Penganut Roman Katolik juga tidak menyatakan bahawa Bonda Maria adalah Tuhan tetapi diposisikan sebagai Teotokos. Ini sepatutnya difahami oleh "Paderi Besar" ini kerana dia adalah paderi Roman Katolik. Dan saya selama ini tidak pernah melihat patung Tuhan Bapa. Teringin benar saya meminta "Paderi Besar" penipu ini menunjukkan Patung Tuhan Bapa kepada saya.
AUTA KEEMPATBELAS
Beliau terkejut dan berkata kepada saya, “Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahanpula awak paderi besar seluruh Sabah.”
Paderi Besar seluruh Sabah. Satu kenyataan berani mati daripada Tajuddin Othman Abdullah yang mengaku dirinya paderi besar seluruh Sabah. Dan penipuan ini telah membuat semua masyarakat Malaysia percaya mentah-mentah katanya. Tiada jawatan paderi besar di dalam hiraki Gereja Roman Katolik. Ini bukan cerita Merlin seperti di dalam TV yang menyaksikan wujudnya jawatan Paderi Besar. Paderi Besar seluruh Sabah? Adakah dia Archbishop? Bishop? ataupun Cardinal? Sudah pasti dia bukan seorang Cardinal kerana di Malaysia belum ada lagi Cardinal di dalam Gereja Katolik.
Untuk pengetahuan semua, Gereja Roman Katolik di Sabah dibahagikan kepada 3 Keuskupan iaitu Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Keuskupan Keningau dan Keuskupan Sandakan. Dan diantara ketiga-tiga ini sudah pasti Keuskupan Agung Kota Kinabalu adalah yang terbesar di Sabah dengan ketuanya dipanggil sebagai Uskup Agung atau Archbishop dan bukan dipanggil sebagai Paderi Besar.
Di dalam senarai Uskup Agung di Kota Kinabalu tiada langsung nama Paderi Thomas Laiden. Berikut adalah senarai Uskup Agung atau Archbishop bagi Keuskupan Agung Kota Kinabalu (kita senaraikan pada tahun yang dinyatakan oleh paderi penipu ini dimana dia berkhidmat sebagai Paderi Besar).
1. Bishop Simon Micheal Fung Kui Heong (1975-1985)
2. Bishop John Lee Hiong Fun-Yitt Yaw (sekarang Archbishop) (1987-2008)
2. Archbishop John Lee Hiong Fun-Yitt Yaw (2008-2012)
3. Archbishop John Wong Soo Kau (2012-sehingga sekarang)
Tiada nama Paderi Thomas Laiden!!!
Pelbagai penipuan telah dilakukan oleh Tajuddin Othman Abdullah di dalam temubual "esklusif"nya bersama Majalah Muslimah, dan semua penipuan ini mensasarkan kepada satu perkara sahaja iaitu memburukan agama Kristian Roman Katolik dan satu penghinaan besar bagi saya dan saudara-saudara Roman Katolik saya yang lain.
Tujuan saya menulis entri ini bukanlah untuk berniat mencari pergaduhan dengan rakan-rakan Islam saya yang lain, tetapi untuk menerangkan bahawa segala yang dilemparkan oleh Tajuddin Othman Abdullah adalah tidak betul, dan saya cuba untuk memperbetulkannya agar rakan-rakan Islam yang lain faham apakah itu Roman Katolik. Sebenarnya saya tak kisah Tajuddin Othman Abdullah ini hendak bertukar atau Murtad daripada Kristian, tetapi yang saya kisah adalah agama saya dihina sedemikan rupa. Diharapkan melalui entri saya ini, mata anda semua akan terbuka luas dan faham bahawa semua cerita yang disampaikan oleh Tajuddin Othman Abdullah adalah fitnah. Dan hentikanlah membuat penyebaran berita-berita sebegini. Saya faham ada pihak tertentu yang ingin dan berusaha untuk penganut agamanya tidak murtad, tetapi janganlah menggunakan taktik "kotor" sebegini dengan menjatuhkan agama lain. Semua agama mengajar penganutnya untuk menjadi manusia yang baik, bukan untuk bermusuh sesama manusia. Hiduplah di dalam keharmonian.
"There are so many religions and each one has its different ways of following God. I follow Christ: Jesus is my God, Jesus is my Spouse, Jesus is my Life, Jesus is my only Love, Jesus is my All in All, Jesus is my Everything." [Mother Teresa of Calcutta]
"There are so many religions and each one has its different ways of following God. I follow Christ: Jesus is my God, Jesus is my Spouse, Jesus is my Life, Jesus is my only Love, Jesus is my All in All, Jesus is my Everything." [Mother Teresa of Calcutta]
KENYATAAN AKHBAR KEUSKUPAN KENINGAU
PENJELASAN POLEMIK TAJUDDIN OTHMAN ADDULLAH (THOMAS LAIDEN)
"Iktibar Buat Mereka Yang Murtad!"
[Perkara berkenaan sudah pernah dijelaskan 10 tahun yang lalu dan sekali lagi beberapa tahun yang lalu. Namun, orang-orang yang tidak bertanggungjawab terus-menurus memperjuangankan kepalsuan dan dengan sengaja berniat jahat untuk mengelirukan umat (Penuntut) kristian di sekolah-sekolah dan Institut pengajian tinggi. Murid-murid kristian di Negara kita sering memohon penjelasan dari pihak Gereja mengenai tohmahan ini. Oleh sebab itu, kami mengeluarkan kembali kenyataan ini untuk membetulkan ajaran dan tohmahan yang palsu dan yang tidak bertanggungjawab itu.]
Negara kita Malaysia adalah negara yang aman makmur di mana setiap warganegara yang berbilang kaum, agama dan perlbagai adat resam serta tradisi, hidup dalam keadaan yang aman damai. Kepelbagaian dan perbezaan tersebut telah menjadikan kehidupan kita berwarna-warni, hidup, dan menjadikan kita semakin dekat dengan sesama dan Sang Pencipta kita.
Namun sayang tidak semua orang berpendapat demikian. Ada saja pihak-pihak tertentu yang tidak suka menghormati orang yang tidak sealiran atau seagama dengan mereka. Dalam artikel singkat ini kami ingin membetulkan tohmahan yang dilontarkan oleh Ustaz Tajuddin Othman Abdullah yang terdapat dalam Majallh "MUSLIMAH" terbitan Februari 1999, bertajuk "Iktibar buat mereka yang murtad!"
Dalam artikel tersebut beliau mendakwa dirinya sebagai bekas seorang paderi katolik bernama paderi Thomas Laiden, berketurunan Solok. Beliau mengaku pernah belajar menjadi paderi di Vatiken Itali. Konon dia pernah bertugas di Vatiken dan seterusnya bertugas di Gereja St. Mary, di Kota Kinabalu pada tahun 1988. (Gereja St. Mary sebenarnya di Sandakan)
Perlu kami jelaskan di sini bahawa kami tidak pernah kenal seorang paderi yang bernama Thomas Laiden. Apalagi seorang paderi yang berketurunan Solok di negeri Sabah ini.
Melalui artikel tersebut menjadi jelas pada kami bahawa Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden adalah seorang pembohong kerana segala tohmahannya mengenai doktrin kristian katolik yang terdapat dalam artikel tersebut semuanya tidak benar. Segala tohmahan tersebut lebih bersifat rekaan semata-mata yang boleh menimbulkan provokasi kepada orang lain sekaligus memberi gambaran yang salah kepada kaum muslimin dan semua pembaca yang budiman tentang agama kristian katolik.
Besar kemungkinan penulis artikel tersebut hanya ingin menyampaikan mesej kepada kaum muslimin supaya tidak murtad. Tetapi kalau ya pun, janganlah menggunakan isu-isu agama orang lain. Agama apapun berpendapat bahawa berhohong itu dosa.
Jika benarlah kewujudan peribadi yang bernama Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden ini, maka kami berharap agar pihak Majlis Agama Islam Melaka di bahagian unit kristianologi, menyelidiki latar belakangnya terutama surat lahir dan Mykad supaya jangan sampai mereka pun ditipu oleh seorang "ustaz" murahan. Jika perlu kami sentiasa bekerja sama demi semangat berdialog ke arah keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.
Rev. Fr. Dr. Charles Chiew Keuskupan Keningau, Sabah
KENYATAAN AKHBAR KEUSKUPAN KOTA KINABALU
The Catholic Church in Sabah is deeply saddened by the malicious action of one so-called Ustaz Tajuddin Othman Abdullah who claimed to be a former Catholic priest by the name of Thomas Laiden serving in St. Mary's Church in 1988. He also claimed to be currently attached to the so-called Unit Kristianologi of the Majlis Agama Islam Melaka.
For the information of the public, there is no such priest by the name of Thomas Laiden in the Catholic Church in Sabah. Whoever the individual is, his deceitful way of attacking the Church simply portrays a total ignorance and misinterpretation of the Catholic teachings.
We deplore the underhanded tactics used by the said bigot. His action would definitely not contribute to the harmonious setting of a multi-racial and multi-religious nation like ours.
Rt. Rev. Bishop Datuk John Lee, D.D.
Bishop of Kota Kinabalu
23 March 2006
-Duc in Altum-
Nampaknya paderi ini perlu mendedahkan sijil atau sarjananya kepada umum dari mana dia belajar. Semoga blog ini bermanfaat kepada Malaysia.
ReplyDeletePilak saja dia ni. Dpt ic free... cari kedudukan dgn cara murahan...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePersonaliti ini jelas tidak mempunyai kredibiliti tertentu. Dia telah membuat hoax dan jelas di sini bahawa penipuan dan fitnahan terhadap umat katolik seluruh dunia telah berlaku dengan sengaja untuk memporak-perandakan masyarakat umum dunia ini khasnya di Malaysia. Inilah satu contoh orang yang otaknya terletak di tempurung lututnya dengan sembarangan mengeluarkan kenyataan tanpa asas yg benar dan memberikan pernyataan awam yang murah dan sangat-sangat menampakkan kebodohan dari segi kewibawaan seseorang penulis atau pemberitaan yang sangat salah atau palsu pada keseluruhan isi-isi berita yang disampaikan. "General knowlege"yang sungguh-sungguh lemah adalah pada asasnya gagal dan sangat murahan.
ReplyDeleteKedapatan si penipu dengan amalan taqiyah ajaran perogol anak 6 tahun dan perampas bini Zaid Zainab dan bersetubuh dengan mayat Fatimah. Paderi penipu yang namanya tidak wujud dalam senarai paderi di semua keuskupan di Sabah.
ReplyDeleteSaya kristian dan saya percaya kuasa tuhan
ReplyDeleteSemoga tuhan mengampun kan saudara laiden..percayala bahawa dalam dirimu tidak ada damai selain kekacauan sebab menghujat kebenaran
ReplyDeleteSemoga tuhan mengampun kan saudara laiden..percayala bahawa dalam dirimu tidak ada damai selain kekacauan sebab menghujat kebenaran.seorang solok dr sabah senang senang ke vatican city....butahuruf
ReplyDeleteLadien menagniaya....moga roh kudus menjamahnya untuk kemuliaan Tuhan sama seperti saulus.Amen
ReplyDeleteLadien menagniaya....moga roh kudus menjamahnya untuk kemuliaan Tuhan sama seperti saulus.Amen
ReplyDeleteLadien menagniaya....moga roh kudus menjamahnya untuk kemuliaan Tuhan sama seperti saulus.Amen
ReplyDeleteLadien menagniaya....moga roh kudus menjamahnya untuk kemuliaan Tuhan sama seperti saulus.Amen
ReplyDeleteKita doakan saja semoga dia dijamah roh kudus dan diberi kesedaran..
ReplyDeleteWlupun prkra ni sdh brlalu, Namun ia adalah satu penipuan "terindah" yg dibuat olehbseor yg mngaku Sirius sbg ex paderi besar. Caranya yg agak kurang pendidikan menyampaikan hujah, dgn kesalahan fakta, maklumat dn ketidaktahuan sejarah dn pentadbiran gereja katolik. Belum prnh Pg Ada paderi atau org Solok (Suluk) yg jd katolik d kwsn Sandakan. Sya fhm bhw org Suluk adalah msyrkt yg sgt setia dgn agamanya, Islam. Sya bkn brkata pasal etnik, tp dia yg sndri berkata bgtu. Mgkn dia tdk tau bhw gereja katolik aralah antra gereja yg kuat mendokumentasikan sejarah paderi dn gereja. Jd pembohongan dia sgt ketara. Semoga dia bertobat dn benar2 menerima Yesus
ReplyDelete