CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 2, 2013

PENAMPAKKAN BONDA MARIA DI FATIMA



Penampakan Bonda Maria kepada tiga orang kanak-kanak di Fatima pada 1917


Fatima adalah sebuah kota kecil sebelah utara kota Lisbon di Portugal. Pada tahun 1917 Bonda Maria menampakkan diri di Fatima kepada tiga orang anak gembala. Mereka adalah Lucia dos Santos berumur 10 tahun, sepupunya bernama Fransisco Marto berumur 9 tahun dan Jacinta Marto berumur 7 tahun.

Penampakan Maria didahului tiga penampakan Malaikat (The Angel of Portugal)  setahun sebelumnya yang mempersiapkan kanak-kanak ini untuk penampakan Bonda Maria. Malaikat mengajarkan dua doa kepada kanak-kanak tersebut.  Pada penampakan terakhir di musim gugur 1916, Malaikat memegang sebuah piala. Ke dalam piala ini menitislah darah dari sebuah Hosti yang tergantung di atasnya. Malaikat memberi ketiga kanak-kanak tersebut Hosti sebagai Komuni Pertama mereka dari piala itu. Mereka tidak menceritakan penampakan ini kepada orang lain. 

13 Mei 1917:  Pesta Bonda Maria dari Sakramen Mahakudus. Ketiga kanak-kanak itu sedang menggembalakan ternaknya di Cova da Iria, sebuah kawasan padang yang amat luas, kira-kira satu batu dari desa mereka. Tiba-tiba mereka melihat sebuah pancaran cahaya (seakan-akan kilat) dan setelah pancaran yang kedua, muncul seorang perempuan yang amat cantik. Pakaiannya putih berkilauan. Perempuan yang bersinar bagaikan matahari itu berdiri di atas sebuah pohon oak kecil dan menyapa mereka:

"Janganlah takut, Aku tidak akan menyusahkan kalian. Aku datang dari syurga. Allah mengutus Aku kepada kalian. Bersediakah kalian menanggung segala penderitaan yang akan dikirim Allah kepada kalian sebagai balasan atas banyak dosa -sebab besarlah penghinaan terhadap yang Mahakuasa- bagi pengampunan orang berdosa dan bagi pemulihan atas segala penghinaan lain yang dilontarkan kepada Hati Maria yang Tak Bernoda?"

"Ya, kami mahu," jawab Lucia mewakili ketiga-tiga mereka. Dalam setiap penampakan, hanya Lucia saja yang berbicara kepada Bonda Maria. Jacinta dapat melihat dan mendengarnya, tetapi Fransisco hanya dapat melihatnya saja. Perempuan itu juga meminta anak-anak untuk datang ke Cova setiap hari yang ke 13  selama 6 bulan berturut-turut dan berdoa rosario setiap hari.

13 Jun 1917:  kanak-kanak itu pergi ke Cova. Pada kesempatan itu Bonda Maria mengatakan bahawa Dia  akan segera membawa Jacinta dan Fransisco ke syurga. Sedangkan Lucia diminta tetap tinggal untuk memulai devosi (devotion) kepada Hati Maria Yang Tak Bernoda. Ketika mengucapkan kata-kata ini, munculah daripada  kedua-dua tangan Bonda Maria sebuah cahaya. Di telapak tangan kanannya nampak sebuah hati yang dilingkari duri, Hati Maria Yang Tak Bernoda yang terhina oleh dosa manusia.

"Yesus ingin agar dunia memberikan penghormatan kepada Hatiku yang Tak Bernoda. Siapa yang mengamalkannya, Kujanjikan keselamatan. Jiwa-jiwa ini lebih disukai Tuhan, dan sebagai bunga-bunga akan kubawa ke hadapan takhta-Nya."

"Janganlah padam keberanianmu. Aku tidak akan membiarkan kalian. Hatiku yang Tak Bernoda ini akan menjadi perlindungan dalam perjalananmu menuju Tuhan."

13 Julai 1917: "Berkorbanlah untuk orang berdosa. Tetapi teristimewa bila kalian membawa suatu persembahan, ucapkanlah seringkali doa ini: Ya Yesus, aku mempersembahkannya kerana cintaku kepada-Mu dan bagi pengampunan orang-orang berdosa serta bagi pemulihan atas segala penghinaan yang diderita Hati Maria yang Tak Bernoda."

Kemudian Bunda Maria memperlihatkan neraka yang sangat mengerikan. Begitu ngeri sampai kanak-kanak itu amat ketakutan. 

"Bila kelak, pada suatu malam kalian melihat suatu terang yang tak dikenalpasti, ketahuilah bahawa itu adalah 'Tanda' dari Tuhan untuk menghukum dunia, kerana banyaklah kejahatan yang telah kalian lakukan. Akan terjadi peperangan, kelaparan dan penganiayaan terhadap Gereja dan Bapa Suci."

"Untuk menghindari hal itu, Aku mohon, persembahkanlah negara Rusia (Konsekrasi Negara Rusia) kepada Hatiku yang Tak Bernoda serta komuni pemulihan pada Sabtu pertama setiap bulan."

"Bila kalian berdoa Rosario, ucapkanlah pada akhir setiap peristiwa: Ya Yesus yang baik, ampunilah segala dosa kami, lindungilah kami dari api neraka, hantarkanlah roh-roh ke dalam syurga, terlebih jiwa yang sangat memerlukan pertolongan-Mu."

13 Ogos 1917: Kanak-kanak tersebut tidak datang ke Cova kerana mereka semua ditangkap dan dipenjarakan oleh penguasa daerah setempat. Mereka dituduh menyebarkan berita palsu dan mereka dituduh cuba untuk memesongkan ramai umat Katolik. Mereka diancam akan dimasukkan ke dalam minyak panas. Kanak-kanak ini dipenjarakan selama 2 hari. 

19 Ogos 1917:  Bonda Maria menampakkan diri pada saat mereka ketika sedang menggembalakan ternak mereka di Valinhos.

"Berdoalah, berdoalah dan teruskanlah berdoa bagi orang berdosa. Sebab betapa banyak yang masuk api neraka kerana tidak ada yang berdoa  bagi mereka."

13 September 1917:  Bonda Maria sekali lagi menekankan tentang betapa pentingnya doa. Ia juga berjanji akan datang bersama Santo Joseph dan Yesus yang masih kanak-kanak pada bulan Oktober nanti untuk memberikan keamanan kepada dunia. Disamping itu Bonda Maria sebagai Our lady of Rosary dan Our Lady of Sorrow juga akan datang. 

"Dalam bulan Oktober, Aku akan membuat sesuatu mukjizat, agar semua orang percaya."

13 Oktober 1917:  Bersama kanak-kanak tersebut seramai 70,000 orang datang ke Cova untuk menyaksikan mukjizat yang dijanjikan Bonda Maria. Pagi itu hujan turun dengan amat lebat seperti air yang dicurahkan dari langit. Ladang-ladang digenangi air dan semua orang basah kuyup. Menjelang tengahari, Lucia berteriak agar orang ramai menutup payung-payung mereka karena Bonda Maria datang.

Lucia mengulangi pertanyaannya pada penampakan terakhir ini, "Siapakah engkau dan apakah yang kau kehendaki daripadaku?" Bunda Maria menjawab bahawa Dialah Ratu Rosario dan Dia ingin agar di tempat tersebut didirikan sebuah kapel (Gereja Kecil) untuk menghormatiNya. Dia berpesan lagi untuk keenam kalinya bahwa orang harus mulai berdoa Rosario setiap hari.

"Manusia harus memperbaiki kelakuannya serta memohon ampun atas dosa-dosanya."

Kemudian dengan wajah yang amat sedih Bonda Maria berbicara dengan suara yang lembut:

"MEREKA TIDAK BOLEH LAGI MENGHINA TUHAN YANG SUDAH BEGITU BANYAK KALI DIHINAKAN."

Bonda Maria kemudian pergi ke pohon oak sebagai tanda penampakan berakhir. Awan hitam yang tadinya menyelubungi langit Cova mulai menghilang seperti memberi jalan matahari untuk bersinar. Kemudian matahari mulai berputar seakan-akan menari dan mengeluarkan cahaya yang amat indah dan berwarna-warni. Kemudian matahari berhenti sejenak dan mulai berputar-putar menuju bumi seakan-akan jatuh menimpa bumi. Orang ramai lari bertempiaran, dan bagi yang imannya kuat mereka terus berlutut dan memohon pengampunan daripada Tuhan. Sementara fenomena matahari terjadi, ketiga-tiga kanak-kanak tersebut melihat suatu tablo Keluarga Kudus di langit. Di sebelah kanan mereka nampak Ratu Rosario. Di sebelah kirinya St. Yosef memimpin tangan kanak-kanak Yesus dan membuat tanda salib tiga kali bagi umatnya. Menyusul gambaran yang hanya dilihat oleh Lucia seorang diri: Bonda Dukacita (Our Lady of Sorrow) bersama Tuhan berdiri di sampingnya dan Bunda Maria dari Gunung Karmel  (Our Lady of Mount Carmel) dengan kanak-kanak Yesus di pangkuannya. Matahari meluncur seolah-olah akan menimpa orang ramai, tiba-tiba ia berhenti dan naik kembali semula ke langit. 70,000 orang yang berkerumun di Cova itu menyadari bahawa pakaian mereka yang tadinya basah kuyup oleh hujan lebat, tiba-tiba menjadi kering. Demikian pula tanah yang tadinya becak dan berlumpur akibat hujan tiba-tiba menjadi kering. Mukjizat Matahari selama 15 minit itu disaksikan bukan hanya oleh orang-orang di Cova da Iria saja, tetapi juga di sekitar wilayah itu sampai sejauh 30 batu.

Fransisco meninggal  dunia pada 4 April 1919 kemudian diikuti oleh adiknya Jacinta pada 20 Februari 1920. Lucia kemudian menjadi seorang Rahib Roman Katolik dan meninggal dunia pada 13 Februari 2005. 

Jacinta Marto (Kiri), Lucia dos Santos dan Francisco Marto yang menyaksikan
penampakkan Bonda Maria di  Fatima
Keratan akhbar yang menceritakan Mukjizat Matahari pada tahun 1917 di Fatima


"Setiap orang, mulai dari dirinya sendiri, harus berdoa rosario dengan lebih tekun dan benar-benar mengamalkan yang kuanjurkan iaitu devosi Sabtu Pertama setiap bulan."

[Pesan Bonda Maria Fatima kepada Lucia  pada 1 Mei 1987]


-Duc in Altum-







No comments:

Post a Comment